Bandung, Indonesia


Alhamdulillah... datang juga mood nak update blog ni....hihihi

Okay cerita kali ini berkenaan trip ke Bandung, Indonesia... macam biasa kami belasah jer pergi Bandung. Setelah dapat bermacam-macam info dari macam-macam blog.. so kami pun buat itinerary sendiri...

Kami BUKAN kaki Shopping so itinerary kami lebih kepada sight seeing.. shopping sikit je la... Tapi memang betul org kata Bandung ni memang kota berbelanja.. so sesiapa yangg shopaholic memang sesuai datang ke Bandung ni....



Percutian di Bandung, Indonesia

Tarikh: 05 - 08 Mac 2013 (4h/3m)
Flight: Airasia
Hotel: Progo Hotel, Bandung - RM313.00 (3 malam)
Transport : Suzuki APV (7 seater) - Rp 400,000 / day (RM130) termasuk driver & petrol - ALL IN.



Itinerary selama 4H/3M :-

Day 1 - Tangkuban Perahu - Sri Ater - Lembang - Maribaya - Cihideung - Kampung Daun - Cihampelas
Day 2 - Ciwidey - Kawah Putih - Walini - Rancabali - Situ Patengan - Saung Angklung Udjo - Factory Outlet
Day 3 - Pasar Baru - Cibaduyut - Cihampelas - Factory Outlet
Day 4 - Factory Outlet - Airport.


Fly Time - Day 1




  • Flight kul 6.40 pagi dari KL... seawal jam 4.00 pagi dah keluar rumah. Naik motor pergi KL Sentral lepas tu naik bas ke LCCT.
  • Sampai Bandung jam 8.40 pagi (waktu indonesia)... lepas check out kami dijemput Pak Supir kami iaitu Pak Soma.
  • Orangnya tak berapa peramah tapi ok la...
  • Terus breakfast di Kartika Sari... Jakeju


Sempat beli simpack


*Long Black Cold (kopi ais) * Pempek Kapal Selam * Soto Bandung


  • Bila tengok menu memang tak tau apa nak order so kami minta waiter tu yang suggest.... not bad la.. rasa sedap... waiter tu siap ajar macam mana nk makan pempek kapal selam tu.
  • Total makan lebih kurang RM18.00... mahal juga kan?? hihihi 
  • Lepas breakfast kami pergi booking hotel.. banyak hotel dah penuh nasib baik Hotel Progo masih kosong. 
  • Ramai pelancong Malaysia menginap dekat sini. Hotel dia basic jer ok la untuk nak tidur jer... no pool ye... Lupa pula nak ambil gambar bilik hotel ni...


  • Lepas booking hotel terus menuju ke Gunung Tangkuban Perahu. Nasib memang tak menyebelahi kami la... time ni Tangkuban Perahu tu ditutup sebab nak MELETUS. Siap masuk berita lagi... famili pun telefon suruh jangan pergi T. Perahu tu....
  • Tapi Pak Supir kata.. kita cuba pergi dulu.. kalau tak boleh naik atas then kita jalan-jalan dekat kaki gunung aja lah.... 
  • Pemandangan sepanjang perjalanan... jalan mmg MACET!








  • Sampai je kami di pintu masuk Tangkuban Perahu, kami dimaklumkan tempat itu ditutup kepada semua pengunjung sebab dah ada amaran bahaya gunung tu dah pun meletus sikit mengeluarkan gas beracun...
  • Walaupun kami hanya dikaki gunung, bau belerang memang kuat...
  • Sedih rasa tak dapat pergi gunung ni.. memang kami ni tak ada jodoh dengan gunung la agaknya sebab masa kat Bali pun tak dapat juga lawat gunung...huhuhuu
  • Next kami ke Sari Ater Hot Spring. Tempat ni adalah tempat mandi air panas atas sikit daripada Tangkuban Perahu ni.... tempat ini cantik disyorkan untuk singgah..
  • Bayaran Rp54,000 untuk 2 orang kalau tak silap sekali dgn bayaran parking.
  • Pemandangan sekitar Sari Ater....







Pelawat dr M'Sia (kanan). Dah 5 hari di Bandung tp baru nk lawat Sari Ater. 4 hari belasah shopping...hihihi
 





Ni Oteng... mereka-mereka ini akan ikut kita untuk pujuk beli aiskrim + urut kaki. Ramai kawan-kawan kata mereka ni akan kenakan caj yang mahal sampai lebih Rp100k. So hati2 ye....

  • Air panas kat Sri Ater ni original... memang besar tempat ni... ada yg boleh mandi ada yang tak boleh.... gambar-gambar lain boleh tgk kat photo gallery ye...
  • Selepas Sari Ater kami menuju ke Lembang.... 
 

Singgah kat Strawberry Park
 


Pokok je yg tinggal.. buahnya tak ada huhuhu
 

Kena Rp 35,000. Buah Strawberry & Jus strawberry... sedaaappp
 

On the way... nampak banyak kereta kuda... tengah-tengah jalan raya pula tu... salah satu transport yg ada kat sini
De' Ranch (Kg Kuda) Lembang
 








  • Kalau singgah sini jangan lupa cuba biskut coklat hazelnut nya.. sangat sedap & besar... lagi gambar2 De' Ranch ada kat photo gallery ye...
  • Next trip ke Maribaya.... tempat air terjun....






Boleh tembus terus ke Juanda dengan jalan kaki.... tapi jauh la...
 
  • Di sini boleh mandi - manda, masa ni air sungai tak cantik agak keruh sebab hujan...
  • Tapi sayang tempat agak terbiar tak seperti di Sari Ater yang lebih terjaga dan cantik.
  • Di sini pun banyak sampah sarap dan suasana kosong tak ramai orang.
  • Di sini pun kena hati-hati sebab ada 'guide' yang tak bertauliah akan paksa kita untuk hire merka konon untuk tunjuk-tunjuk tempat ni kat kita..
  • Mereka akan ikut kita kemana-mana & akan minta upah at least Rp 50,000!!.. m3mang tak berbaloi!!
  • Dari Maribaya ni kita boleh jalan kaki tembus terus ke Juanda (tempat air terjun juga). Katanya lagi menarik dari Maribaya ni.... tp kena bayar kat pondok bayaran Rp50,000 seorang!!!.... so kitorg tak pergi... lagi pun masa sangat mencemburui...hihihi
  • Next destinasi kami ke Kampung Daun.... memang tak sabar nak pegi Kg Daun ni... banyak blog yang mengesyorkan tempat ni wajib pergi...
  • Kg Daun ni terkenal sebenarnya sebab Restoran Kg Daun... memang THE BEST!!!.... sangatsangat disyorkan pergi....
  • Kg Daun ni terletak dalam daerah Cihideung... perkampungan taman bunga... so boleh nampak banyak nursery tanaman bunga sepanjang perjalanan... sejuk mata memandang...




Dah sampai Kg Daun..
Kena buat reservation dulu... kemudian mereka akan bagi no Hut untuk kita..



Di sini pun ada kedai cenderamata... macam2 ada...



Konsep restoran ni memang unik & best..
Ni la Hut kami... memang selesa.. dikelilingi flora & ada anak sungai!!
Memang mendamaikan betul!.... kat atas sikit ada air terjun kecik...



Jus Alpukat (Avocado) sangat popular di sini... kawan yg syorkan.... 
Ayam Bakar Bumbu Bali (Rp55,000), Nasi Tembel Bakar (Rp50,000), Avocado Juice (Rp31,500), Ulam-ulaman, Sup pedas & sambal.... perghhh!!!! memang sedap!!
 

Dah kenyang... boleh tidur.. hahahaha... bantal guling dah ada... dengan alunan bunyi air mengalir... memang mengantuk!!...hahahhaha


Dah makan.. jangan lupa bayar di Kasir (Cashier) ek...hihihihi


  • Total kos makan kat sini Rp156,750 = RM50.00.... memang puashati dengan makanan yang sedap & suasana yang cantik!!
  • Lagi gambar di Kg Daun ada kat photo gallery ye...
  • Next kami ke Cihampelas... nak pergi tengok tempat-tempat shopping...hihihi... tengok je ke???

Sepanjang perjalanan menuju Cihampelas





Masuk town jer.. keteta dah banyak...


Antara toko-toko (kedai) yang ada di Cihampelas






  • Ada bermacam-macam benda yang dijual kat sini... selain dalam kedai... yang kat tepi-tepi jalan pun macam-macam ada...
  • Kalau nak beli jeans boleh beli kat sini. Barangan kulit pun ada...
  • Rasanya Cihampelas ni lebih happening dari tempat lain. Kalau ada plan nak ronda-ronda waktu malam memang sesuai menginap kat area sini... banyak hotel ada antaranya Amaris..
  • Kami ronda-ronda dekat sini sampai senja... tak shopping apa pun sebab nk tinjau jer... aim mana yang berkenan.. nanti datang lagi untuk shopping pula... shopping sikit jer...hahaha
  • Dah penat jalan seharian kami plan balik ke hotel untuk rehat & solat. Satu yang senang kat Bandung ni... di mana-mana ada musollah, setiap tempat lawatan ada... so tak risau nak solat kat mana.. kemudahan ada..
  • Sebelah malam kami bercadang nak berjalan-jalan kat Factory Outlet.... hotel kami sangat dekat dengan Heritage & Cascade outlet... so kami jalan-jalan kat situ dulu....
Cascade Factory Outlet
Hmmm.... terjebak jugak nak shopping...hihihi

Hihhihi... tuyul kepala hitam....

Antara kedai sekitar hotel...


  • Antara satu outlet ke satu outlet memang jauh la menapaknya... letih gila berjalan...
  • Dah kelaparan kami singgah di KFC... malam ni makan simple jer...
Chicken Soup..... KL ade?... hihihi
  • Menu di sini memang berbeza dari KL. di sini ada jual nasi putih..
  • Burger pun berbeza tak dapat la colonel/zinger burger... dekat sini ada chicken soup..(macam kat pizza hut)... sedap gak la....

Bandung - Day 2  

  • Kat Hotel Progo ni harga bilik dah termasuk breakfast.
  • Makanan ok la... ada nasi goreng, mee goreng, bubur, roti bakar dll. Lupa pula nak ambil gambar....
  • Destinasi kami hari ni ialah nak melawat Selatan Bandung pula...
  • Kami menuju ke Gunung Kawah Putih.... dapatla juga tengok gunung.... Gunung Kawah Putih ni terletak di daerah Ciwidey...
  • Di Bandung ni semua pakai duit... parking, bayaran masuk, caj 'guide' sapu... semua macam paksaan jer... 
  • Okay.. ni senarai caj masuk ke Gunung Kawah Putih:-
  • Tiket/Seorang = Rp16,000
  • Angkutan/Seorang = Rp10,000 (kenderaan khas disediakan untuk naik ke Gunung Kawah Putih)
  • Kenderaan sendiri = Rp150,000/kenderaan
  • Kalau pergi 4 orang + plan nak bawa kenderaan naik atas... 4 x Rp16,000 + Rp 150,000 = Rp214,000. Mahal kete dari orang kan??... hihihi
  • Tapi bagi yang nak bawa anak kecil / orang tua.. elok bawa kereta terus naik atas.... tak sesuai naik angkutan sebab pemandu dia bawa macam drift pula... gila-gila... memang kecut perut....
  • Sebelum naik ke Gunung... kita kena pakai face mask sebab bau belerang yg kuat.
  • Kalau tak tahan boleh terbatuk-batuk... di sini mereka jual face mask dengan harga Rp3000 satu. Kat puncak gunung pun nanti akan ada jual....
Bagi mengelakkan  jalan jam.. kami decide guna highway...
Tak ingat berapa harga tol... kalau tak silap Rp5000

Kereta Kuda lagi... kalau kat KL la... mau jam tahap gaban jalan raya kita...hihihi
 









Dah sampai... nak masuk kena byr Rp26,000 seorang termasuk Angkutan untuk naik ke Gunung Kawah Putih
Ni lah Angkutan yang digunakan untuk naik ke Gunung Kawah Putih...  mana ade tali pinggang nyer.... mereka akan tunggu penuh atau cukup 7 orang baru gerak...

Terkejut tengok kawah ni... memang airnya putih kehijauan....


Subhanallah.... indah kan?









Bila angin bertiup.... nampak banyak asap kan?... bau belerang tu.. kuat sangat... saya dah terbatuk2 time ni.... tp pemandangan masa ni sangat cantik.... terima kasih Ya Allah....
Ada berani nak rasa air kawah tu?... tak nampak pula ada orang yang sentuh.. tapi nak juga rasa... panas ke?... tak panas... air dia sejuk ade rasa kesat sikit... belerang kot..



Ada pula yang buat persembahan... boleh la kalau nak derma...
huruf P dah tak de... entah mana pergi nyer... :)

Nak balik... berebut dengan student dari jakarta..

Dah sampai bawah.. sementara tggu pak supir ambik kereta... pekena jagung manis dulu. Rp3000 / satu.


  • Lagi gambar2 di Kawah Putih ada kat photo gallery ye...
  • Alhamdulillah dapat juga tengok Gunung... walaupun tak dapat lawat Tangkuban Perahu sebab nak meletus, sekurang-kurangnya lawatan ni tak sia-sia.....
  • Dari Kawah Putih kami nak ke Situ Patengan, kawasan tasik yang cantik. Nak ke Situ Patengan ni kita akan melalui Walini & Rancabali.
  • Apa ada kat Situ Patengan?.... di sini terdapat satu tasek yg mempunyai pulau kecil ditengah-tengah. Ada sejarah di sini... kisah 2 insan mencari cinta.... Kisah cinta ada ditulis di pintu masuk (Diukir)
  • Kat sini terkenal dengan Batu Cinta. Dipercayai sesiapa yang ingin mendapatkan cinta sejati perlu melawat Batu Cinta ini.... kena naik bot.... bayaran Rp10,000 seorang..
  • Kat Situ Patengan ni pun ada caj bayaran masuk... Rp15,000 seorang.
  • Sebelum sampai Situ Patengan... ada kawasan ladang teh yangg besar dan cantik di Walini... kat Walini ni pun ada tempat air panas untuk mandi tapi tak secantik Sri Ater.
  • Ranchabali pula.. ialah satu perkampungan dengan pemandangan aman damai disekeliling.... 


Ladang teh di Walini




Lebih kurang macam kat Cameron tapi tak berapa sejuk la....




Rumah kampung yang dikelilingi ladang teh & air terjun asli... memang mendamaikan kalau umah kat sini...
Entrance Situ Patengan
Pemandangan Situ Patengan dari atas

Salah satu pemandangan yang biasanya diambil utk dicetak dalam kalendar... memang cantik... Saujana mata memandang...



Kedai-kedai yang ada di Situ Patengan..



Nk mencari cinta sejati?... boleh melawat Batu Cinta (terletak di balik pulau tu) dengan menaiki bot.. abadikan nama anda & pasangan di sana...hihihi
Banyak bot boleh disewa di sini....

  • Dah puas menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan, kami ke destinasi seterusnya... iaitu Saung Aklung Udjo.
  • Sebelum ke Bandung kami banyak dapatkan info2 tempat yang perlu dikunjungi... salah satu yang sangat disyorkan ialah Saung Aklung Udjo.
  • Tak nak melepaskan peluang.. kami minta pak supir bawa kami ke sana....
  • Saung Aklung Udjo adalah sebuah persembahan Aklung oleh anak-anak dari umur 5 tahun hingga remaja...
  • Memang Best Gila!!! sangat menghiburkan dan ada kelainannya! rugi pada sesiapa yang tak pergi...
  • Bayaran masuk agak mahal juga Rp100,000 seorang. tapi berbaloi dengan apa yang kita dapat. 
  • Dengan bayaran Rp100,000 kita akan dapat cenderahati, aiskrim atau kopi (boleh pilih), senarai lagu-lagu antarabangsa & tradisional Bandung dan..... jeng jeng jeng..... pergi la sana! dan nikmati yg terbaik...







  • Persembahan ini ambil masa lebih kurang 2 jam. Selepas selesai persembahan dan sedikit beli belah di situ kami bergerak ke Toko Tiga.
  • Toko Tiga sangat terkenal dikalangan pelancong Malaysia. So kami pun pergi la.... ingatkan besar la bagai... rupanya 3 kedai jadi 1.....
  • Toko Tiga ni jual pakaian Jeans sahaja... ada yang murah ada yang mahal.... tu jer... tak de la extravaganza sangat hihhihi.
  • Dah penat window shopping kat Toko Tiga dan hari pun dah senja... nk masuk Maghrib... kami pon balik hotel utk rehat...
  • Aktiviti malam.. kami bercadang nak berjalan2 di factory outlet sekitar hotel macam semalam dan makan malam di Karamba...
  • Makan di Restoran Karamba pun atas pengesyoran rakan-rakan yang dah pernah pergi ke Bandung. Antara menu yang popular di Bandung ialah Ikan Gurame Bakar...
    
    Ikan Gurame Bakar, Nasi Timbel Bakar Set (dengan ayam panggang + tahu + tempe), Sayur GorengSambal, Jus Jeruk.
    
    Otak-otak.... isinya putih tak macam kat M'sia.. isinya merah..

    
    Total kos makan Rp151,000

    • Restoran Karamba ni dekat je dengan Hotel Progo boleh jalan kaki pon.. dekat juga dengan Humming Bird Hotel.
    • Makanan pun sedap... sebenarnya makan kat Bandung ni memang sedap-sedap belaka... 
    • Cuma kami tak cuba la makan di gerai tolak tepi jalan... sebab ada yang kata makanannya kurang bersih dan boleh kena cirit birit....so hati2 ye.. kalau boleh elakkan la makan kat gerai2 tolak tepi jalan tu...


    Bandung - Day 3
    • Dah hari ketiga... sarapan pagi macam biasa kat Hotel Progo
    • Hari ketiga ni kami bercadang tak nak guna khidmat pak supir... kami nk jalan2 guna pengangkutan awam... hihihi
    • 1st place - ke Pasar Baru. Dengan menaiki teksi kos lebih kurang Rp 25,000 dari Hotel ke Pasar baru. Kami sampai awal pagi lebih kurang pukul 9.00 pagi.
    • Pasar Baru dibuka lebih kurang pukul 10 pagi so sementara tu kami jalan2 dulu di kedai tepi-tepi jalan.... gaya ada mcm ala2 chow kit gteeww... hihihihi






    • Dekat area sini pun ada Money Changer... kena jalan kaki sikit dari Pasar Baru.... buka awal.. so boleh la tukar duit kalau agak2 rasa tak cukup nak shopping kan..:)
    • Dah pukul 10 lebih kami pun masuk ke Pasar Baru... Pasar Baru ni ada 7 tingkat (lantai).. keadaannya ada lebih kurang macam GM Plaza kat KL cuma kat sini ada banyak cabang/lorong so ada banyak kedai... memang pening la nak shopping
    • Kami tak ler jalan setiap floor sebab ada 2-3 tingkat jual benda yang sama macam kain,telekung,pakaian dll.
    • Shopping kat sini mmg kena pandai tawar menawar kalau tak.. harganya sama macam kat KL gak... tambah kita orang luar.. kalau boleh tekan mereka tekan lagi... biasa la adat org meniaga
    • Kat sini mereka tak segan silu mintak 'koleksi' dari kita... 'koleksi' tu maknanya 'duit tips ringgit'... bagi seringgit tak nak.. nak yang warna merah jer..... kalau boleh tak yah la bagi... kami bagi 2-3 ringgit jer... tak nak ambik sudah.... hahahaha.. tapi ada yang ambil gak...hihihi

    Belilah sikit buah tangan untuk family.... bila dah banyak pilihan.. pening lak nak pilih
    Yang suka converse... kat sini memang murah!
    • Banyak juga la habis shopping kat sini... beli tshirt, kasut, telekung,baju dll untuk family & anak-anak.
    • Tengahari kami makan di Tingkat 6.. ada banyak kedai makan di sini... sesampai jer kat floor tu.. ramai la pelayan-pelayan cuba promote kedai mereka.. 
    • Tak tau nak pilih mana so kami belasah jer pilih satu kedai makan ni.. tapi tak ingat pula apa nama kedainya... 
    • Menu macam-macam adae... so kami pilih set untuk 2 orang senang...
    Tu dia... set utk 2 orang punye la banyak.... makan memang sedap tak terhabis pun.. kenyang giler...
    • Kos makan kat sini Rp90,000... mahal ke?..hihihi
    • Lepas makan kami balik semula ke hotel utk simpan barang2 shopping.
    • Destinasi seterusnya kami nak pergi ke Cibaduyut. Cibaduyut ni terkenal dengan barangan kulit. Banyak blog yg promote tempat ni.
    • Untuk pergi ke Cibaduyut ni kita boleh naik Angkutan. Tapi bukan direct sampai kena transit naik 2 angkutan.
    • Angkutan kat sini guna colour coding.. so mmg boleh keliru... tak nak sesat kami naik teksi jer... 
    • Kami naik teksi dari Hotel ke Cibaduyut.. nak elak jam konon kami ikut highway.... kos tambang Rp100,000!!... ikut meter tau!... perjalanan hampir 1 jam...
    • Kalau ada yg plan nk gi naik teksi ke Cibaduyut, dicadangkan ikut jalan biasa jer coz kos tambang antara Rp50,000 - Rp60,000 jer...
    • Sampai di Cibaduyut... memang ada banyak kedai jual barangan kulit.. baju,kasut,beg,tali pinggang, capal dll.



    • Bukan dalam kedai jer... tepi jalan pun ada yg jual barang2 kulit....
    • Harga ada yang murah & mahal... kena pandai tawar menawar. Ada kedai yg boleh bargain ada kedai yang fixed price... kena rajin jalan...
    • Kami tak beli apa2 pun kat sini coz tak de yang berkenan.. sebenarnya lebih suka barangan kulit kat Cihampelas..hihihi... plan nak gi sana lagi...:)
    • Penat berjalan2 kat area Cibaduyut ni kami nak balik semula ke town.
    • Kat sini memang susah sikit dapat teksi... tanya orang sekeliling.. diorang kata boleh naik 2 angkutan atau naik BIS... naik BIS lg senang sebab direct terus ke Pasar Baru & Dago...
    • Apa tu BIS?.. mula2 dengar pun pelik... nak naik BIS kena pergi ke Terminal.. so kami jln kaki ke Terminal... sampai sana kami tanya macamana nak ke Pasar Baru.. diorang tunjuk Bas panjang... hihihi BIS tu Bas... 
    • Kos naik BIS (Bas) Rp1,500/sorang. Perjalanan ambil masa dalam 40 minit.

    
    Keadaan jalanraya di Cibaduyut.. macet!!

    On the way jln kaki ke Terminal.. terjumpa Waja.... teksi sapu
    
    Dalam BIS...hihihi
    
    Pemuzik jalanan... diorang cari makan dengan nyanyi & main muzik dalam bas.... suara diorang memang superb!!
    
    Dalam bas bergerak pon diorang selamba jer... memang best.. busking style ni
    • Menyanyi dalam bas adalah salah satu cara cari makan... sebelum ni ada sorang kakak menyanyi.. suare boleh la... terpulang pada kita nak bagi duit ke tak.... yg best kita bagi!!
    • Sempat berborak dengan dorang ni... kami nak pergi Cihampelas.. so diorang ni ajar... turun bas kat Dago pastu ambik Angkutan warna hijau kuning turun di Cihampelas....
    • So kami turun di Dago... dan naik Angkutan!.. kos tambang angkutan Rp2,000/sorang. Angkutan ni tak ada loceng.. so kalau nak berhenti kena sebut Kiri! kiri! kiri!... heheheheh.... selamat sampai dengan jayanya...hahahah
    Dalam Angkutan... duduk mengadap2...selambe jer ambik gambar orang...
    
    kat Cihampelas pun jam!!... mane2 pun jam... adeehh
    Cihampelas Walk - round2 kat sini











    Kat Cibaduyut tak de kedai macam ni.... sumer handmade... setiap design ade satu jer...
    • Kat sini pun best shopping... lebih suka di sini... harga pun boleh tawar...
    • Dah puas berjalan2 & shopping di Cihampelas kami balik ke hotel dgn naik angkutan jugak....
    • Malam ni kami makan di Restoran Makanan Sunda... lupa pulak apa nama restoran ni tapi bersebelahan dengan Heritage Factory Outlet jer...
    • Dari hotel boleh jalan kaki.... lapar sangat lupa nk ambik gambar byk...

    • Kedai ni tutup 9.30 malam.. kami pun order simple jer... Nasi Goreng Street Style, Nasi Burung Puyuh Set... air tak ingat apa nama... kos makan Rp75,000.
    • Makanan Sunda memang sedap.....
    • Bab makan di Bandung memang puashati.... kalau lama kat Bandung ni mau gemuk!..hahahha
    • So... tamat hari ke-3.... esok dah nak balik.... flight plak  kul 11.40pg...
    • So... balik hotel... packing time... beranak pulak beg!..hahaha

    Bandung - Day 4
    • Macam biasa b/fast dulu... menu pun biasa2 jer...
    • Memandangkan duit Rupiah masih ada kami cadang nak singgah Cascade... nak tambah beli t-shirt Superdry....
    • Kat sini jenis kain T-shirt nya berkualiti... harga pun berbaloi... so beli lagi la... 
    • Seawal 9.00pg nak tercongok depan Cascade... diorang bukak jam 9.30pg...
    • Ambik masa 30 minit jer shopping pastu gerak terus ke Airport...hahahah
    Datang 1 beg.. balik 4 beg..  bila bungkus plastik jd kecik lak beg tu..hihihi


    Fly off - bye bye Bandung!!!




    #simpletapienjoy


      Ulasan