PENGALAMAN UMRAH DIY BAGI KAMI YANG PERTAMA KALI UMRAH (25/9/2019 - 6/10/2019)

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Alhamdulillah.. pengalaman pertama kali menjalankan ibadah umrah yang tak dapat kami lupakan. Menjadi tetamu Allah s.w.t merupakan hadiah terbaik yang diterima pada tahun ini. Moga masih mempunyai rezeki untuk kembali ke bumi Haramain lagi... inshaaAllah. Walau pun baru sebulan balik Malaysia... dah rasa rindu sangat-sangat...huhu

Entry kali ni, kami nak share pengalaman 1st time umrah kami.. secara DIY pulak. Memang berserah pada Allah dan bertawakkal. Apa-apapun kata ustaz... bersangka baik lah pada Allah... inshaaAllah.

Pertama sekali, semasa merancang untuk pergi umrah, banyak juga kami tengok pakej-pakej dari TA (Travel Agent). Kami hanya nak pergi suami isteri berdua, maka kami mencari pakej umrah bilik berdua. Rata-rata harga pakej dalam lingkungan RM7,300 - RM7,650 (fullboard) seorang. Penginapan pula antara 100-180m ke Masjidil Nabawi / Masjidil Haram.  

Pastu dapat pulak idea nak buat umrah secara DIY. Memandangkan pakej TA (bilik berdua) dalam lingkungan RM7.6k, maka kami pun plan dengan bajet yang sama iaitu RM7.6k, apa yang kami boleh dapat/buat secara DIY. Secara ringkasnya, berikut adalah perbezaan pakej umrah dengan umrah DIY:-


TA = Travel Agent

Nak buat umrah DIY, kita kena banyak buat research berkenaan kelebihan & kekurangan buat Umrah DIY ni. Kebanyakkan maklumat yang diterima adalah Umrah DIY ini lebih sesuai bagi jemaah yang dah pernah buat umrah sebelum ini. Bagi yang pertama kali umrah tidak digalakkan.

Walaubagaimanapun, setelah diteliti dan ditimbang tara secara terperinci, kami tekad untuk pergi Umrah secara DIY walaupun kami tidak pernah buat umrah sebelum ini. Seperti dalam blog-blog umrah DIY yang lain, perkara utama yang perlu dititik beratkan ialah:-

1. Tiket Flight
2. Penginapan
3. Visa
4. Transport & Mutawwif
5. Kursus Umrah

Untuk jemaah DIY yang pertama kali mengerjakan Umrah, adalah wajib hadir ke kursus Umrah. Ini kerana dalam ibadah umrah terdapat larangan-larangan serta perlukan kefahaman yang jelas berkenaan hukum-hukum rukun, wajib, harus, sunat & perkara-perkara yang boleh membatalkan umrah.

Bila kita dah dapat peluang untuk menjadi tetamu Allah, alangkah bagusnya jika kita dapat menjalankan ibadah yang terbaik di tempat yang paling mulia di atas muka bumi ini.

Khidmat Mutawwif juga adalah penting supaya dapat membantu kita / memberi panduan kepada kita semasa ibadah umrah & ziarah. Percayalah... sekalipun kita dah beberapa kali hadir kursus dan dengan konfidennya ilmu di dada dah penuh... Tapi bila di Tanah Haram akan ada persoalan yang membuatkan kita perlu merujuk kepada yang lebih arif... wallahualam.. 


Ok.. sedikit ringkasan perancangan dan perjalanan sebenar  Umrah DIY kami sepanjang 25/9/2019 - 6/10/2019.

Persediaan awal

1. Tiket Flight 
- Biasanya direct flight ke Madinah lebih mahal berbanding direct flight ke Jeddah. Kalau kita plan nak ke Madinah dulu baru umrah di Mekah, seeloknya ambil flight direct/flight transit untuk ke Madinah dahulu.. sebab kalau turun Jeddah dulu baru nak ke Madinah.. kena naik bas dan perjalanan dalam 4 jam gitu. Walaupun flight ke Madinah mahal sikit sekurang-kurangnya kita dah jimat masa untuk ke Madinah.

- Untuk cari tiket murah boleh guna pelbagai apps untuk perbandingan.. cthnya skyscanner, kayak, traveloka dan lain-lain. Bab ni kene rajin... kalau cost concern maknanya tak kira la tarikh apa asalkan tiket murah. Dan biasanya tiket sedikit murah pada hari selasa & rabu.
  • Route yang kami pilih ialah Kul - Madinah, Jeddah - Kul
  • Pencarian menggunakan skyscanner dengan kaedah Multicity.
  • Kami pilih Oman Air. Transit 2 jam di Muscat. RM2488 seorang pergi/balik. Kami beli online melalui website oman air. Skyscanner tu digunakan utk comparison jer.. tp bila nak beli thru airlines official website.
Oman air adalah premium airlines. Harga tiket dah termasuk luggage 30kg dan meals. Alhamdulillah kelas ekonomi nya selesa... ada movie. Makanan pun ok. Siap bantal dan selimut.


2. Penginapan
- Ada banyak pilihan hotel di Madinah. Seeloknya pilih hotel di bahagian utara Masjid Nabawi kerana hotel-hotel di sini dekat dengan pintu 20 - 29 terutama pintu yang paling popular iaitu pintu 25 (wanita).
- Begitu juga di Mekah, kebanyakan hotel yang dekat dengan dataran masjid adalah yang bertaraf 5*

  • Pilihan kami Taiba Arac Suites (Madinah), 
  • Zam zam Pullman (Mekah). 
  • Pastikan baca review hotel di Tripadvisor, blog, OTA dll

Hotel-hotel di sebelah Utara Masjid Nabawi

Antara hotel-hotel pilihan di Mekah

3. Visa
- Sekarang jemaah DIY mempunyai 2 pilihan visa.
i) Visa umrah - hanya boleh dimohon melalui Travel Agent
ii) Visa pelancong - jemaah boleh membuat permohonan sendiri terus melalui website evisa saudi.

- Kami pergi umrah pada 25/9/2019, masa ini Visa Pelancong belum dilaksanakan. Maka kami perlu bantuan TA untuk pengeluaran Visa Umrah melalui sistem Maqam yang baharu. 

- Alhamdulillah En Fazrull (Safar Buddies) telah menguruskan permohonan Visa Umrah kami. Urusan permohonan Visa Umrah lancar dan dipermudahkan. Boleh call no ni 012-2640636 kalau nak dapatkan maklumat lanjut berkenaan Visa Umrah atau Visa Pelancong juga.

- Walaupun Visa Pelancong tidak mewajibkan suntikan meningococcal, seeloknya kita ambil lah sebab kita akan berjumpa ribuan manusia dari seluruh pelosok dunia. Kekadang kita sujud kat tempat yang mungkin orang sujud tu terbatuk ke atau terbersin ke... mengelak lebih baik dari mengubati kan...

- Share sikit perbezaan / kelebihan Visa Umrah dan Visa pelancong.
Credit: Telegram Group (Forum Umrah DIY)

- Banyak perbincangan di dalam Group Telegram Umrah DIY berkenaan Visa Umrah vs Visa Pelancong. Perbezaan Visa Umrah adalah dari segi keperluan mahram, kemudahan perubatan dan bantuan muasassah saudi jika berlaku apa-apa masalah yang tidak diingini dan lain-lain. Tahukah anda kos perubatan bagi Jemaah Umrah melalui Visa Umrah adalah percuma dan ditanggung oleh kerajaan Arab Saudi?.

- Jika dibandingkan dari segi kos, Visa Pelancong adalah lebih jimat untuk jemaah Umrah DIY berbanding Visa Umrah biasa. Proses permohonannya juga lebih mudah.

- Jika diberi peluang untuk menjadi tetamu Allah sekali lagi, kami pun nak cuba guna Visa Pelancong pulak.


4. Transport (Perlu merancang transport dari:-)
-  Airport Madinah ke Hotel (Taiba Arac Suites)
  • Kami buat tempahan awal H1 van melalui Safar Buddies
  • Tapi semasa sampai rezeki dapat naik GMC. Perjalanan dari Airport ke Taiba Arac Suites ambil masa dalam 20-30 min.
  • Boleh juga menggunakan Apps Umrah Cab, Taxi Umrah, Careem (ala-ala Grab) untuk tempahan awal. Lebih jimat.

-  Transport untuk Ziarah di Madinah
  • Ziarah di Madinah ada 2 iaitu ziarah dalam & ziarah luar. 
  • Ziarah luar kami telah menyewa sebuah GMC melalui Mutawwif. 

- Transport dari Hotel Taiba Arac Suites ke Haramain High Speed Madinah Station

  • Guna Ujrah Taxi (SR60)
  • Plan asal nak guna Careem tapi nak kene tunggu dekat 20 minit. Memandangkan kami dah lewat, kami naik Van Ujrah Taxi jer. Careem utk kereta jenis MAX dia caj dlm SR45 masa tu.

- Transport dari Haramain High Speed Makkah Station ke Hotel di Makkah (Zam Zam Pullman)

  • Masa ni pun kami guna Ujrah Taxi sebab driver Careem tak jumpa jalan nak masuk tempat Drop-Off.. aduii. Dah mintak tolong staff station explainkan pun tak dapat jugak driver ni jumpa jalan.
  • Kemudian kami cancel booking & search driver lain (jenis kenderaan MAX). Tak dapat-dapat pulak... memang menguji kesabaran sungguh.
  • Last-last kami ambik jer 2 buah kereta Ujrah Taxi sebab Van Ujrah Taxi pun tak ada time tu. Kami kena caj SR50 per kereta.

-  Transport & Mutawwif untuk Ziarah di Mekah

  • Ziarah di Mekah ada 3, kesemua ziarah diiringi Mutawwif
           - Ziarah Manasik Haji & Jaaranah - Camry
           - Ziarah Hudaibiyah - Camry
           - Ziarah Taif - Hyundai



-  Transport dari Hotel Pullman ke Airport Jeddah
  • Pun sama kami naik Van Ujrah Taxi. Mudah sebab dah sedia ada menunggu di hotel.
Itu serba sedikit info awal. Di bawah kami share itinerary sepanjang 12H11M Umrah DIY kami beserta kos 'pelaburan' yang kami gunakan.

Apa-apa pun.. kita merancang ikut bajet yang kita dah set ya. Ada orang bajetnya RM10k seorang, ada orang bajetnya RM5k seorang. Seperti yang dah dimaklumkan di atas... bajet kami adalah sama seperti apa yang di tawarkan oleh kebanyakan Pakej TA untuk Bilik Berdua (+-RM7600 seorang). Boleh rujuk semula perbezaan Pakej TA & DIY yang dah dinyatakan di atas ye.

Kalau bajet kita antara RM4.5k - RM6k, maka perlu cari tiket flight yang murah dan hotel yang lebih murah. Ada jer jemaah DIY yang bajetnya RM4.5k seorang tapi penginapannya agak jauh tetapi yang bijaknya dia pilih hotel yang menyediakan free shuttle bas yang beroperasi 24 jam. So tepuk dada tanya selera... kena banyak buat research untuk capai apa yang kita rancang ye. 

Macam kami... memang pilihan adalah hotel yang paling dekat dengan dataran masjid sebab ada yang sakit lutut & tumit tak boleh nak jalan jauh-jauh... so detail lanjut boleh rujuk di bawah.

Terdapat perubahan pada Itinerary asal sebab masa kita fleksible.. so kita boleh ubah2 ikut kesesuaian kita.
Bajet asal RM7,700 seorang. Kos hotel, transport, mutawwif & makan-makan khas (cth nasi unta dll) kami share 4 orang. Umrah DIY kami dalam lingkungan bajet yang dirancang.

Walaupun kami Umrah DIY.. name tag ade jugak tau :) sebab mana la tau kan.. kot la pengsan kat masjid ada jugak pengenalan diri. Kat belakang kad ade details next of kin kat Malaysia & juga alamat penuh hotel & kedutaan.





Hal tiket flight...
Tiket flight asal beli dr KUL jam 9.20pg, ETA Muscat jam 12.15tgh, transit 2 jam, next flight jam 2.30 ptg. Lagi seminggu nak berangkat dapat email delay dari Oman Air next flight jam 9.30 mlm! transit jadinya 9 jam!.. 

Jammed jap kepala mula-mula dapat email delay tu. Apa nak buat 9 jam kat Muscat Airport.. bukan ada tube hotel dalam tu nak baring-baring. Fikir punya fikir... sudahnya dapat ilham.. apa kata dah alang-alang 9 jam tu... kita pergi City Tour Oman... dan-dan tu jugak bukak google, tripadvisor, blog2 yang berkaitan dengan Oman Tour..  info dah ada.. dibentangkan kepada en suami dan kawan2... dan akhirnya semua setuju untuk pergi Oman City Tour... maka berjalan-jalanlah kami di Muscat, Oman.



Siap bantal & selimut

Padang pasir


Kos yang terlibat di Muscat, Oman ialah:-

1. Visa On Transit (VOA) - omr6 (RM66 seorang)
2. 5hrs City Tour - omr40 per trip (RM440 share 4 orang)
3. Shawarma - omr2 (share 2 orang sebab besar)

Total kos seorang = RM187 seorang. Ni tak masuk shopping la. Kami tak shopping pun sebab mahal kot walaupun fridge magnet 3 biji omr1 jer.. kalu convert jadi RM11 jugaakkk.


Tour Guide kami Mr Khalid. Recommended!. Kami dapat contact no (+968 99143222) dia thru tripadvisor. Ramai puji servis dia.. dan memang terbukti..


Share sikit gambar jalan - jalan di Oman.. klik sini.
bye bye Oman!

Oman Airport.. walaupun kecik tapi cantik



Next... to Madinah





Dah nampak Bumi Madinah

Madinah Airport.. curi2 ambik gambar
Alhamdulillah semua berjalan lancar. Tak ada apa yang nak dirisaukan. Imigresen pun mesra alam.

Selepas kita selesai urusan imigresen, kita uruskan ambik beg bagai. On the way nak keluar airport, kita akan disapa oleh beberapa orang pak arab nak check passport & visa kita. Itulah pegawai muasassah.. mesra alam ya amat! bila dia tanya malaysia? saya jawab yes... how many people?.. saya jawab Four.. dia baca nama syarikat travel yang keluarkan visa umrah.. pastu senyum lebar... ok-ok... welcome sister. Malaysia baguuss.... pandai pulak cakap melayu..hihihi.


Tengah tunggu driver yang dah booking thru Safar Buddies

Booking H1 dapat GMC... hihihi



Alhamdulillah dah sampai Hotel Taiba Arac Suites. Perjalanan dari Airport ke Hotel Taiba Arac Suites ni dalam 20 minit.

Kenangan di Madinah yang tersemat di sanubari..




Berada di Masjid Nabawi terasa tenang sangat. Wajib bagi saya untuk kita jejakkan kaki ke Raudhah. Ustaz Abdullah Khairi kate.. Raudhah adalah tempat mustajab doa bukan tempat solat. Doalah banyak-banyak.. jgn buang masa tunggu ruang utk solat.. dapat solat alhamdulillah.. kalau tak dapat solat pun doa banyak-banyak sebab Raudhah adalah tempat mustajab doa. Pengalaman saya... saya cari juga ruang untuk solat.. tapi ya Allah.. orang langkah-langkah kepala kita. Bila duduk antara 2 sujud.. orang pun duduk atas peha kita... bila kita berdoa nampak punggung orang berdiri sahaja... nak berdoa pun terganggu... tapi bila ikut saranan Ustaz Abdullah Khairi... Allah.. syahdunya nikmat berdoa...

Di bawah adalah tempat-tempat mustajab doa.. kita pergilah cari ruang di tempat-tempat yang ditandakan di bawah... syahdunya berdoa sambil berdiri mata dapat melihat... lain macam perasaannya kawan-kawan. 


Bahagian belakang Makam Rasullullah s.a.w & sahabat. 
 ‘Assalamu ‘alaika Ya Rasulallah
Assalamu ‘alaika Ya Nabiyyallah, 
 Assalamu ‘alaika Ya Habiballah
 Assalamu alaika Ya Abu Bakr As Siddiq.
Assalamu alaika Ya Umar bin Alkhotthob.’

Sekiranya ingin berdoa, berdoalah mengadap kiblat bukan mengadap makam nabi.

Tiang Taubat - Abu Lubabah. Kedudukan sebelah makam Nabi s.a.w

Punya ramai jemaah. Nak tunggu ruang solat?. Berdoalah!.. 
Doalah banyak2 kawan... di sebelah Makam Nabi s.a.w, di Tiang Taubat, di hadapan Mehrab Nabi, di Tiang Aisyah, di Mimbar Nabi.. hafal & fahamkan kedudukan tempat-tempat ini kawan!... bila mata melihat, hati berdoa.. Ya Allah hanya tuhan yang tahu...

Dah tak ingat dah nak ambil gambar Mehrab Nabi, Tiang Aisyah & Mimbar Nabi untuk kenangan... semua hanya terterap dalam ingatan.


Amalan-amalan ibadah di Masjid Nabawi ni.. kena banyakkan membaca, ambil tips2 dari kursus Umrah dan banyakkan tengok tazkirah ustaz-ustaz di dalam youtube. 

Hotel Taiba Arac Suites betul-betul di hadapan pintu 20
Hotel Taiba Arac ada 4 entrace. Di pintu 17 (Bin Dawood), pintu 18, pintu 20 dan receptionist. Kedudukan hotel ini adalah dihadapan Hotel Hilton.


Kedai makanan di Hotel Taiba Arac








Rumah Makan Indonesia terletak row ke 4. Besar tempatnya

Di Hotel Taiba ini juga terdapat Shopping Mall di bahagian basement.



Keadaan Solat Jumaat di bahagian wanita pintu 25
Ziarah Dalam.

Ziarah Dalam ni... mutawwif akan bercerita kisah-kisah sejarah berkaitan Masjid Nabawi, Rumah & Makam Nabi, kisah-kisah sahabat, perkuburan baqi', tempat Nabi s.a.w bermesyuarat, kawasan Raudhah lelaki dan lain-lain.

Ziarah Luar Madinah

Macam biasa, ziarah luar Madinah adalah di Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Bukit Uhud, Ladang Kurma, Masjid Tujuh.

Kami berada di Madinah selama 4 hari. Hari terakhir tu memang sedih rasa tak cukup 4 hari. Lepas Ziarah Wida' kami bersiap pakaian Ihram di Hotel, solat sunat ihram dan menuju ke Madinah Haramain Speed Train Station untuk ke Mekah. Perjalanan kejap jer dalam 20 minit.

Tips pemilihan seat di dalam Speed Train. Kalau boleh pilih seat yang menghadap 'table'.

Kalau dalam sistem.. yang bertanda kotak tu
Kenapa pilih yang ada table ni? sebab ruang dia luas sikit. Pastu meja tu kita boleh letak makanan. Kalau nasib baik orang tak ramai.. kita boleh 'punyakan' semua 4 seat tu... boleh lunjur kaki..hihi

Meja boleh lipat dan tempat duduk menghadap depan belakang.
Seat jenis lain.. seat biasa.


Bila masa kita nak mula niat kalau naik train?. Ok.. dalam train ini akan ada announcement yang train akan menghampiri Bir Ali dan dalam kawasan Miqat. Pilot akan announce untuk kita mulakan niat bagi yang nak buat umrah.

Berdasarkan kepada info dari mutawwif.. ada juga masanya yang tak ada announcement... so adalah lebih baik kita mulakan niat apabila train mula bergerak.

Pengalaman kami, memang ada announcement dari pilot tapi kami dah awal-awal niat masa train bergerak.... so bila dah ada announcement... kami refresh balik niat dan mula bertalbiyah.

Jarak masa dari mula train gerak hingga announcement tu... ada la kurang 10 minit kalau tak silap.


198km/h kelajuan train

Tarikh keramat 29/9/2019... tarikh kejadian Jeddah Station terbakar.. Allahu.. nasib baik lah kami tak terkandas tengah2 padang pasir. Disebabkan kejadian Jeddah Station terbakar besar tu.. kami terpaksa berhenti di KAEC station dan pihak HHR menyediakan bas khas untuk para jemaah ke Makkah Train Station.


Video dari group wassap

Video yang kami ambil jam 8.30 mlm di depan Jeddah Station

Jam 8.30 malam pun Jeddah Station masih lagi terbakar. Masa ni bas kami lalu di hadapan Jeddah Station menuju ke Mall untuk ambil jemaah dari Jeddah Station yang terkandas. Mereka ni lebih kasihan dari kami. Apa-apa pun staf HHR sehabis baik menyantuni jemaah-jemaah. Ada yang redha ada yang marah-marah. Apa nak buat.. kun fa ya kun..

Bila di kenang2.. itulah.. niat asal nak naik train adalah sebab nak cepat sampai. At last.. Allah s.w.t nak juga kami merasa naik bas... alhamdulillah.. pengalaman yang tak dapat dilupakan. Dapat merasa naik Flight, naik GMC, naik H1, naik Train, naik Bas.... unta je tak naik..hihihi

Sesampai di Makkah Haramain Station, kami book kenderaan MAX melalui Careem Apps... tapi ya ampuunnn tunggu punya la lama.. driver tak jumpa jalan nak ke parking drop off. Minta tolong staf kat situ explain pun tak jumpa-jumpa juga... last2 kami cancel booking dan naik taxi ujrah jer. Ambil 2 buah teksi caj SR50 per teksi. Masa ni van ujrah pun tak ada.

Perjalanan dari Makkah Train Station ke Hotel Pullman Zam Zam dalam 20 mini jer. Alhamdulillah.. sampai hotel terus check in letak beg dan jumpa Mutawwif kami yang dah siap menunggu di lobi hotel untuk bantu kami laksanakan Umrah wajib. 


Hotel Pullman Zam Zam (Kaaba View)

Lupa nak ambil gambar Mutawwif yang bantu kami. Alhamdulillah selesai umrah pertama. Yang lelaki bertahalul dengan bercukur mengambil pahala afdhal. Kedai gunting rambut banyak di bhg bawah Abraj.

SR10 seorang.

Yang perempuan boleh menggunting rambut sekurang-kurangnya seruas jari. Seeloknya gunting di hotel supaya tak terdedah aurat.

Ziarah Minasik Haji & Jaaranah di Mekah

Balik dari Miqat di Jaaranah, kami singgah makan Nasi Unta dan Samosa Unta... sedappp alhamdulillah..


Lupa nak ambik gambar nama kedai




SR108 utk 5 orang
Ziarah Hudaibiyah di Mekah

Balik dari Miqat di Hudaibiyah kami makan nasi kambing pulak





Ziarah Taif

Di Taif kami berhenti makan Nasi Mandy.. cuaca mendung dan berkabus..

Berkenaan makan di Madinah & Mekah, tak perlu risau... ada banyak tempat makan di menara jam dan mereka semua boleh berbahasa melayu!.



Itinerary penuh beserta kos & no contact boleh rujuk di bawah:-




Oh tertinggal pulak info berkenaan Clock Tower Museum & Insurans. Memandangkan ada bajet lebih sikit kami ambil kesempatan untuk ziarah Clock Tower Museum .  Caj adalah sebanyak SR150 seorang. Boleh bayar menggunakan Visa / Mastercard. Tak perlu risau, di dalam ini ada disediakan Audio Machine yang mana kita boleh pilih bahasa apa utk penerangan di dalam Muzium ni.





yang tergantung kat leher tu la audio machine tu









Pasal insurans pula, kami ambil insurans Etiqa Tripcare 360 utk spouse. Pakej Gold. Beli thru online dapat 25% diskaun dan selepas buat bayaran jangan lupa masukkan no flight sebab Etiqa akan auto detect kalau ade delay flight. Diorang akan terus bayar pampasan tanpa perlu kita buat report pun. Info ni saya dapat dari bacaan & sharing-sharing sahabat yang dah alaminya.

Harap perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu kawan-kawan yang lain yang berniat nak buat Umrah DIY.

Moga Allah permudahkan urusan kita semua dan semoga doa-doa kita dimakbulkan Allah s.w.t.



Subhanallah... rindu kami pada bumi Haramain-Mu Ya Allah.

Yang baik itu dari Allah s.w.t, yang buruk itu dari diri kami sendiri..

                                 اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluargannya,”


وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه


Ulasan