Best ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary?? Deerland pulak macam mana?


Salam....

Plan nak bawa anak jalan-jalan tapi tak tau nak ke mana...

Search dalam internet... ternampak Kuala Gandah Elephant Sanctuary.... macam best jer....

So.. macam biasa... saja suka jalan-jalan... jom kita ke sana...

Kalau dari KL tak jauh.. Kuala Gandah, Pahang....






 

Dah sampai.... Pusat dibuka lebih kurang jam 10.30 pagi. Masuk adalah percuma tapi digalakkan untuk buat sumbangan.. details boleh lawat di www.nre.gov.my..

Nak masuk kena isi borang. Selepas isi borang kena serahkan pada petugas... kemudian baru mereka bagi pelekat (sticker). Sticker ni terhad kepada 150 orang sehari sahaja. So kalau datang time cuti-cuti sekolah kena datang awal la....


Sempat posing sebelum pergi ambil borang...


Borang kena isi semua detail pengunjung termasuk kanak-kanak / bayi...




Dah isi borang... kita akan dapat sticker macam ni...

Kalau kita nak buat aktiviti... macam mandi dengan anak gajah.. ada bayaran sikit yang dikenakan... tak ingat berapa.. rasanya RM5 seorang kot... kami tak join mandi dengan gajah sebab tak bawa baju lebih..

Bawa la baju lebih... mana la tau tetiba teringin nak mandi dengan gajah boleh join je terus...

Kami dapat sticker merah jer... boleh bagi makan kat gajah... sticker ni kena tampal kat baju la ye...         
                     
PEMANDANGAN SEKITAR






Ada stall jual tebu & kacang.. RM3 sebungkus... anak punya pasal... berulang-ulang beli

Anak-anak la yang paling seronok...

Setiap gajah-gajah ni ada nama... gajah ni nama dia JOE.... hihi


 

Pertunjukan gajah.. faham pula tu arahan penjaga dia...



Rehat sekejap sementara tunggu anak-anak gajah berangkat masuk sungai...

Ramai dah cop tempat kat tepi sungai untuk tengok aktiviti gajah mandi sungai...


Masa mandi-mandi ada ambil video tapi entah mana simpan tak jumpa... huhuhu.. so upload gambar dari pakcik google je la.... #credit to: pakcik google... hihi






Seronok tengok.. penjaga dia pun menyelam skali dengan gajah-gajah ni.... air sungai tak la dalam sangat cetek jer... tapi ibubapa kena la jaga anak-anak elok-elok.. especially yang kecik-kecik... coz gajah ni sesuka hati dia je nak tergolek-golek... 

Aktiviti terakhir di sini ialah aktiviti mandi dengan anak gajah. Masa kami datang ni aktiviti menunggang gajah dah tak ada..

Lepas habis pertunjukan & aktiviti mandi dengan gajah... kami plan nak ke Deerland pula... dah alang-alang ada kat sini.. singgah je la kan....





Deerland tak berapa jauh dari Elephant Sanctuary.. dekat jer dan senang nak cari sebab ada sign board.. 

Kesian... nasib baik sempat sampai Deerland.. kereta cute ni pancit pula.... huhuhu





apa yang penting??... kerjasama!! hahaha

Sementara mereka-mereka ni baiki tayar... kami kaum wanita gi beli tiket lah...

Harga tiket murah jer... RM6/Dewasa, RM3/Kanak-kanak.







Macam biasa... kat sini pun kalau nak bagi makan kat rusa kena la beli makanan yang khusus disediakan kat sini... RM3 juga sebungkus...






Sudah di bagi makan... nak di pukul pula.. adoiii



Depan

Rupa sebenar...
















Ada banyak haiwan-haiwan lain di sini.. lupa pula nak ambil gambar banyak-banyak...

Tempat-tempat macam ni sesuai untuk ativiti bersama anak-anak... budak-budak kalau asyik menghadap game je pun tak elok kan... so tempat-tempat macam ni satu pengalaman juga pada mereka kan...

So lepas ni kita nak pergi mana pula.... hrmmmmm....


#simpletapienjoy












Ulasan