Bali, Indonesia....


Alhamdulillah..... dapat juga buat blog ni....

Tak ada tujuan lain... hanya nak berkongsi cerita tentang aktiviti jalan-jalan & percutian kami....

Kot la boleh membantu kawan-kawan yg ada plan nak bercuti & perlukan info...




1st story - Percutian di Bali, Indonesia.

Tarikh: 09 - 12 Februari 2012 (4h/3m)
Flight: Airasia
Hotel: Amaris Legian Hotel, Bali - RM330.00 (3 malam)
Transport : Suzuki APV (7 seater) - Rp 350,000 / day (RM120) termasuk driver & petrol - ALL IN.
                    

Itinerary kami selama 4H/3M :-

Day 1 - Uluwatu - Jimbaran.
Day 2 - Batubulan - Desa Mas - Windhu Bali - Tampaksiring - Tegal lalang - Kintamani - Ubud - Sukawati - Sanur
Day 3 - Agung Bali - Nusa Dua - Tanah Lot
Day 4 - Kuta - Bedugul - Sukawati.

Fly Time - Day 1


  • Kami gerak dari KL jam 10.30 pagi dengan  AirAsia 'Now Everyone Can Fly'... 
  • Sampai di Bali lebih kurang 1.30 petang.. lepas proses checkout airport..
  • Kami dijemput oleh Pak Supir kami yang bernama Kadek. The best driver & tour guide ever in Bali!!!... sangat puashati...
  • Kadek ni bukan di bawah mana-mana agensi pelancongan sebab dia buat sendiri. Dia ada lesen driver & tour guide.
  • Sangat senang.. boleh pergi mana-mana sesuka hati... kalau ikut travel tour, kita terikat dengan masa & melawat pun terhad dalam itinerary jer... kalau tambah tempat lawatan kena tambah bayar per head... tapi dengan Kadek (pak supir) ni tak perlu risau.... semua tempat dia bawa sampai puas hati hheheheheh....
  • 1st Agenda - Kadek bawa kami makan tengahari di Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro di Tuban - Kuta.
  • Restoran ini berdekatan dengan Airport. Kenapa restoran ni dinamakan Ayam Tulang Lunak?.. sebab tulang ayamnya boleh dimakan sebab sangat crispy.... Ayamnya sedap... kami ambil 2 jenis Ayam Crispy dengan Ayam Presto Telur Asin... saya syorkan Ayam crispy sebab lebih sedap...

Ayam Goreng Crispy & Sambal Terasi
Ayam Presto Telur Asin, Tauhu Telor Masak Kicap & Sayur Kangkung Goreng

  • Total kos termasuk air buah dan tax Rp 170,200.00 (RM58.20). Hmmm boleh tahan harganya.... Restoran ini juga adalah HALAL. 
  • 2nd Agenda - Uluwatu
  • Lepas makan kami sempat beli Topup atau 'Pulsa'. Di Bali kena cakap Pulsa, kalau sebut topup diorang tak paham. Harga Sim kad Rp 20,000 dan isi dalamnya ada Rp 3,000. Kami terkena di airport... mereka jual Rp 70,000 dan isi dalamnya Rp 3,000. Hangus Rp 50,000.. nasihat kami JGN BELI SIM KAD DI KEDAI  DALAM AIRPORT!!!!  kena tipuuu!!!.
 

On the way ke Uluwatu.. kami berhenti sekejap di tepi jalan... cantik pemandangan laut dari tepi ni... sempat juga la berposing.... heheheheheh
  • Perjalanan diteruskan... sampai sudah di Uluwatu. Uluwatu ialah tempat terletaknya kuil hindu. Masyarakat di Bali 60% adalah beragama hindu, 30% Islam dan selebihnya agama lain-lain.
  • Kadek our driver sangat sensitif, walaupun beragama hindu, dia sangat hormati agama islam.
  • Dia sediakan kami tempat makan yang halal dan membawa kami menyusuri tepi kuil untuk menikmati keindahan alam di sekeliling kuil tersebut.
 

Uluwatu temple terletak dihujung tebing yang boleh dilihat dari tepi ni... Nampak tak tali yang kami ikat dipinggang tu?... untuk masuk ke kawasan temple kita kena hormati budaya mereka. Siapa yang pakai seluar/skirt pendek, diorang kena pakai kain sarung. Memandangkan kami ni tak seksi... cukup hanya ikat tali dipinggang.....

Lagi pemandangan di Uluwatu....

 

This is our driver/tour guide.... Kadek... nice guy
Bersama adik ipar tersayang

3rd Agenda - Jimbaran Bay
  • Jimbaran bay adalah kawasan hotel-hotel 5 star.
  • Sangat popular dengan restoran seafood.
  • Juga terkenal untuk lihat Sunset...kalau bernasib baik la.. 
    Penyambut tetamu di Restoran Beach Bali Cafe
    Meja makan di tepi pantai... Air surut boleh la.. Air tengah pasang tak boleh makan di sini

Seafood, Nasi, Bubur jagung, desert & air kelapa muda = Rp200k seorang! ambik kau!!
Adik ipar & hubby try jagung
bakar.... sedap ada rasa lemak masin, manis & pedas2 sikit.
          
Sunset Time....


 
Cuaca hujan... nasib baik dapat tengok sunset... 
  • Makan di sini memang sangat mahal... makan tak lah sedap sangat... Di sini diorg jual view la.... sunset.... lagi gambar sunset di photo gallery yee...selepas sunset... kami pun check in hotel di Amaris Legian Hotel.
  • Hotel bersih dan selesa... check link ini Amaris Legian Hotel untuk details. Sebijik seperti apa yg ada dlm website. 
  • Hotel ini terletak di Jln Legian. Surrounding yang happening.. banyak kedai-kedai / toko-toko, pub & live band begitu juga spa-spa urut... kalau malam-malam nak jalan-jalan boleh tak sunyi...
  • Tamat Day 1 - Bali

 

BALI - DAY 2
 
  • Trip for 2nd day - Batubulan - Desa Mas - Windhu Bali - Tampaksiring - Tegal lalang - Kintamani -  Ubud - Sukawati - Sanur
  • Breakfast di hotel. Makanan yang disediakan ok... selera asia.

Hubby dengan adik di Cafe bersebelahan dengan swimming pool.

 
Swimming pool bersebelahan dengan cafe... dibuka 24jam!!!

  • Lepas breakfast kami bergerak ke Batubulan - Kami tengok persembahan 'Barong Dance'. Kalau tengok persembahan tu memang sepatah haram tak faham tapi merek ada bagi ringkasan cerita so ok la..... 
  • Entrance Fee - Rp 20,000 seorang.
 

 
  • Barong Dance ni banyak berkisah tentang kepercayaan agama mereka.. dewa dewi.... sekadar untuk hiburan..ok..
  • Show ni ambil masa lebih kurang 1 - 1.5 jam..
  • Selepas tu kami ke Desa Mas -  adalah perkampungan seni budaya. Setiap kampung ada kepakaran masing-masing contoh Silver, Art painting, Wood Carving dll.

Ada gambar lagi di photo gallery
  • Next kami ke Windhu bali -  salah satu tempat shopping. Boleh tahan juga harganya... dicadangkan beli kat Agung bali / Sukawati sebab boleh dapat harga lebih murah berbanding di sini.


Macam-macam wangian spa ada.... gila juga tengok...hehehehe. 
  • Di Windhu ni.. selain wangian/sabun/lulur utk spa, di sini pun ada jual kraftangan, baju, kain, kopi dll.... 
  • Selepas shopping di Windhu kami pun menuju ke Tampaksiring - Kebun Kopi. Disini ditunjukkan proses Kopi Luwak. Pemandangan sangat cantik di sini...
  • Selain kopi luwak.. Di sini pun ada pelbagai kopi lain... boleh beli kopi asli di sini.. exclusive la dari segi kopinya & uangnya...hihihi 

On the way ke Tampaksiring...

Pokok Vanila
Pokok Buah Kopi

Pokok Terung Kuning

Menggoreng la kononnn

Jemput minum.....
  • Kami diberi sample air kopi untuk dirasa. Ada Kopi Luwak, kopi bali, mocha, kopi halia, koko asli etc.

Aceh ceh ceh...hihihi.. ada pulak warung ni di sini...
Pemandangan di sekitar kebun..











































  • Ada banyak lagi gambar pemandangan di sekitar kebun ni... nanti upload dlm galery la ye....selepas ni kami ke Tegal lalang - disini terdapat padi terrace.
  • Pemandangan yang sangat cantik 

 
On the way sempat bergambar kejap... depan tangga rumah orang pon boleh..... hehehe
  • Dekat Bali ni.. kebanyakan rumah mesti ada pintu gerbang ni.... simbolik rumah kuno
  • Tak kisah la rumah tu kecil ke besar ke... mesti ada pintu gerbang....

Padi Terrace - Tegal lalang

 

 

 
 
  • Di Tegal lalang ada pelbagai jenis kraftangan dijual dan terdapat banyak rumah-rumah asli bali.
  • Kena hati-hati di sini sebab ramai penduduk yg mengekori kita ke mana saja untuk paksa kita beli barangan mereka..
  • Next kami sepatutnya ke Gunung Batur Kintamani tapi sayang seribu kali sayang hujan turun dengan lebatnya... maka kami tak dapat singgah ke Gunung tersebut.... sedih isk isk isk

On the way ke Gunung Kintamani, start hujan lastly sampai kat atas lagi lebat sampai tak nampak jalan.....

  • Kami pasti akan kembali ke Bali - bagi menyelesaikan misi Gunung Kintamani!!
  • Kami pun turun semula dan menuju ke Ubud... memandangkan dah lapar kami makan di sebuah restoran Muslim di tepi jalan di Ubud.... 



 
Bakso Sapi (lembu) - Rp 5,000

Bakso Urat - Rp 5,000

Teh Botol & Fanta - Rp 3,000

Mee Ayam Telur - Rp 5,000...Sedap jugak.....
  • Total kos makan kali ni Rp 41,000 (RM14) utk 5 orang. Okay la tu...
  • Di Ubud ni banyak terdapat toko-toko / kedai-kedai untuk barangan branded... Di sini banyak kedai yang mahal-mahal la....
  • Kemudian kami bergerak menuju ke Pasar Sukawati. Di sini terdapat banyak kedai (toko) sourvenior, 'Kaus' (t-shirt) & Beg.
  • Kena pandai tawar-menawar.. boleh dapat harga murah sangay.. Berbanding di Agung Bali, di sini harganya jauh lebih murah. Tapi dari segi kualiti lebih bagus di Agung bali...
 
                        
  • Lepas shopping sakan... kami ke Sanur Beach untuk Spa Massage di Inna Grand Bali Beach Hotel.
  • Hotel 5 star dengan perkhidmatan Spa 5 bintang. Kos Rp 300,000 (RM103) sorang utk 2 jam. Siap mandi air mawar lagi....
  • So me & my hubby tak join Spa ni .. hanya adik ipar & kawan dia yang buat Spa.
  • Sementara mereka buat Spa selama 2 jam tu... Kami berdua berjalan-jalan di persisir pantai Sanur... letih juga la....
  • Di pantai sanur ni ada banyak bot-bot kecil & arked-arked kecil yang jual macam-macam....Restoran makan pun macam-macam ada... jepun pun ada...
  • Apa yang istimewa di sini ialah terkenal dengan perkhidmatan Spa 5 star.... buat spa dlm bilik kaca mengadap pantai... tapi bilik kaca tu.. yang dalam nampak luar jer ehh... yang luar tak nampak dalam hihihihi  
Di Lobi Inna Grand Bali Hotel

 

 
          Pemandangan di Sanur Beach  
            

Boleh buat romantik wedding dalam Cube Biru tu...
 
 
 



 


 
  • Jenuh gak menunggu minah-minah ni selesai Spa.. hari ini kami Dinner di Natrabu - Restoran Minang di Sanur, Denpasar Selatan.
  • Makan sangat sedap... selera minang memang sesuai dengan kami....
 
 
 
 
  • Kos makan malam ni Rp 91,300 (RM31)......
  • Caj dikira dari jumlah piring lauk yang kita makan... yang tidak diusik... tak dikira....
  • Dah kenyang.. apa lagi balik ke hotel.....
  • Tamat Day 2
 
Bali - Day 3
 
  • Trip for 3rd day - Agung Bali - Nusa Dua - Tanah Lot
  • Selepas breakfast di hotel, Kadek bawa kami shopping di Agung Bali, Sunset Road, Kuta.
  • Apa lagi..... shopping laaaa....
  • Banyak tak banyak Rp 400,000 (RM130) juga la habis..... banyak barang-barang sourvenior di sini... harga pun berpatutan.... boleh la nak shopping di sini....
 


Bergambar bersama promoter

Wak epin...hahahahah
  • Kemudian kami ke Nusa Dua - tempat aktiviti water sport. Meriah kat sini.. ramai pengunjung. ada mcm-macam aktiviti. Ada yg terbang, menyelam, snorkel,jet ski dll.
  • Tapi kos boleh tahan Rp 350,000 (RM120) seorang untuk scuba diving, Sewa kamera untuk diving sahaja Rp 300,00 (RM102), Rp 150,000 untuk Parasailing... dll
  • Kami ambik scuba diving je.. itu pun dah Rp 700,000 (RM240) untuk 2 orang... tapi kami tak upload gambar la sebab seksi la pula bila pakai baju diving hehehehe.....
  • Best sangat sebab baru 1st time diving..... enjoy bangat!!!!
 
 
 
  • Actually ada banyak lagi... siapa-siapa yang nak try kapal selam kat sini pon ada tapi kos dia lebih kurang Rp 800k seorang (RM240) boleh tengok hidupan laut di Bali ni.
  • Tapi honestly pulau-pulau di Malaysia lagi cantik contoh Pulau Perhentian, Redang, Tioman dll berbanding di Bali ni...
  • Selepas puas berjalan-jalan  & beraktiviti... kami bergerak ke Tanah Lot.
  • Tanah lot ni lebih kurang macam di Uluwatu tetapi templenya terletak tengah sikit ke laut....
  • So... kalau air pasang memang susah sikit nak nampak temple tu dalam jarak dekat.... pemandangan memang cantik..
  • Tapi tourist ramai sangat so susah juga la nak ambil gambar cantik-cantik. ..  

On the way ke Tanah Lot.... pemandangan padi terrace

Pintu masuk ke Tanah Lot
  • Nak masuk ke Tanah Lot ni kena bayar Rp 10,000 seorang.
  • Masuk sini tak perlu nak berkain merah/kuning ikat kat pinggang macam di Uluwatu...
  • Di sini lagi meriah berbanding di Uluwatu sebab di sini banyak kedai-kedai / arked untuk beli belah...  
Sekitar Tanah Lot




Boleh nampak temple dari sini.. betul-betul kat hujung tu.. kalau air pasang... tak nampak lubang kat bawah tu

 
 
 




Cawangan Anjung Bali - Tanah Lot
  • Di Tanah Lot seelok-eloknya datang la lewat petang sikit sebab boleh berpeluang tengok sunset...
  • Di sini popular dengan sunset yang cantik.... tapi kami tak tunggu lama sebab kami sampai dalam pukul 4 petang... sunset dijangka dalam pukul 6.30 petang
  • So nak tunggu tu yang kami dah tak larat.... kami balik awal la sikit.... 
  • Dinner time kami di bawa ke Warung D'Sawah.
  • Memang terbaik la tempat ni! .... sangat disyorkan!!!!
  • Restoran ni terletak ditepi sawah.... hidangan yang sangat lazat!... dan dihiburkan dengan live performance... memang best!!    


Minta saja lagu apa... semua boleh.... memang best..


bersama dengan foreigners dari Holand... pandai cakap melayu!!! dah pernah kerja lama di Miri Sarawak katanya... Sangatt sporting...

  • Gambar makanan lupa pula nak ambik... tapi ini menu dia...
  • Soto Ayam, Nasi campur ayam betut, Tom Yum Kum Soup.... ayam betut tu lebih kurang macam sate tapi kepit dengan buluh dan bakar...
  • Total kos Rp165,000 untuk 5 org.... ok bangaaat!!!   
  • Singgah jangan tak singgah rugiiiii.....
Live band.... kat Legian (berdekatan hotel) saja jalan kaki sekitar hotel... memang happening!g

  • Selepas dinner kami terus balik ke kota... dah nak sampai hotel di area jalan Legian, saya dengan hubby minta turun tepi jaln... adik ipar saya dah blik dulu supir hantar sebab penat sangat. Saja nak jalan-jalan... menapak balik hotel.. sambil-sambil tu boleh tengok-tengok sebab sebelum ini asyik jalan yang jauh-jauh saja....
  • Suasana malam di Legian memang happening.. ada banyak live band & tempat-tempat urut. Ada banyak kedai2-kedai untuk shopping. Sangat disyorkan bagi yang suka jalan-jalan ....
  • Kami ambil kesempatan ni buat urut kaki yang dah keletihan. Yang mengurut pun muda-muda.
  • Ramai penduduk di sini boleh berbahasa inggeris, jepun & korea especially beach boy... memang berhabuk dengar mereka cakap koooo!!!...
  • Sorry gambar urut tak ada ehhh... jaga aurat... hahahaha
  • Kami balik hotel dalam pukul 12 malam... sampai hotel pergi mandi pool pula..hahaha.. Pukul 12 malam tuh!! pool 24 jam kannn... hahaha gambar mandi pon tak ada ekkk.... :)
  • Gambar sekitar boleh tengok kat photo gallery yeee...


Bali - Day 4 (terakhir)
  • Trip for last day - Kuta - Bedugul - Sukawati - Denpasar 
  • Next kami ke Pantai Kuta - jalan-jalan di Hard Rock Cafe... makan di McD.
  • Sebenarnya ada banyak restoran/warung-warung kecil yang boleh makan di sini... tapi almaklumlah kan... Bali ni susah sikit nak cari yang Halal...
  • McD & KFC di Bali ni disahkan Halal... so makan la tanpa was was...hihihihi    
  • Di Pantai Kuta ni pula... terkenal untuk aktiviti surfing... di sini juga terdapat banyak outlet-outlet baju & cenderamata... ada yang mahal ada yang murah...
  • So di sini.. hubby saya belajar surfing buat pertama kalinya...
  • Kos untuk surfing ni Rp 200,000 seorang termasuk board & cikgu (1 jam).... cikgu ni akan ajar sampai pandai!!...  

Cikgu ajar....

Anak murid dengar....


Anak murid buat....


Cikgu gelak...hahahaha


  • Hari ni hari terakhir kami di Bali.... selepas beraktiviti di Pantai Kuta, kami terus ke Bedugul dan again Sukawati...
  • Bedugul adalah kawasan pergunungan.. yang menariknya.. di sini terletaknya sebuah Tasik terbesar. Di tasik ini juga terdapat temple yang dikelilingi keindahan alam....

 
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Bedugul



Tengok... awan mendung!... memang tak ada chance lagi nak tengok gunung..huhuhu

Rumah kuno yang masih terdapat di bali
 
 


Sah!! Hujan lebat lagi!!.... huhuhuhu




  • Memang bukan rezeki kami la nak lawat tempat ni...huhuhu
  • 2 kali kecewa.. Gunung Kintamani & Bedugul.... cuaca tak menyebelahi kami...huhuhu
  • Dengan kecewa.. kami hanya dapat lalu sahaja di situ... difahamkan di temple tu terdapat sebuah taman yang cantik... nasib laa....
  • Turun dari Bedugul tu kami singgah makan tengahari di Cafe Tauhu Baturiti... still di Bedugul....
  • Sedap juga makan di sini... orang ramai so nasib baik ada tempat kosong.  



Tauhu Crispy Rp 9,000


Tauhu Gimbal ke Tauhu Gejrot... tak ingat... harga sama Rp9,700 (satu)
Ini ke Tauhu Gejrot??.... Entah la tak ingat..hihihi

  • Minuman kami order.. Es cincau, frees tea,fanta, es jerok
  • Total kos makan di sini Rp 78,000..... ok la kannn
  • Dari sini kami bergerak ke Sukawati untuk shopping sekali lagi.. hihihi.. memandangkan ini hari terakhir so.. nak habiskanlah duit yang mana ada saki baki lai tu...hahahaha.. gambar ada di photo gallery yee....
  • Perjalanan dari Bedugul ke Sukawati lebih kurang 1 1/2 jam ke 2 jam kalau tak macet (jammed!) sama juga kalau nak ke Kintamani..
  • On the way tu.. terjumpa pula benda ni.... tak ada kat Malaysia kan???   

Manual bomba...


  • Dari Sukawati kami ke Denpasar untuk ke lapangan terbang... flight kami pukul 9.45 malam.
  • Sempat singgah di Natrabu untuk dinner... time ni dah nak maghrib....
  • Malas nak pusing-pusing cari restoran so kami makan sekali lagi la kat Natrabu... nasib baik sedapp...hihihi... 
  • Lagipun jalan kat Denpasar busy.... nak sampai awal kat airport kann  


  • Ini saja la kisah yang nak diceritakan... ni pun tak details sangat..
  • Kami pergi Bali tak ambik pakej tour... Pergi sendiri jer... lagi senang.. boleh pergi mana-mana kita suka... 
  • Orang-orang di Bali ni semua ramah-ramah belaka... kami banyak berhenti tepi-tepi setiap kali pergi jalan-jalan... ambil gambar la... tengok itu la tengok ini la.... bebas ikut suke...
  • Tak semua yang dapat kami ceritakan kat sini begitu juga gambar-gambar sebab nak jaga aurat...hihihi...
  • Anyway.. thanks sebab singgah kat blog ni... next trip nak cerita pula ialah Bandung, Indonesia......






Ulasan