Review Banglow Casa Rasa Sayang, Kuala Sg Baru, Melaka

Assalammualaikum...

Dari sehari ke sehari nak buat entry dalam blog.. alih-alih makan bulan..hahahaha

Ok.. kali ini nak kongsi pengalaman family day kami di Banglow Casa Rasa Sayang, Sg Dua, Melaka. Lama dah last year sebenarnya....

 FAMILY DAY 2014 EVENT
 2D 1N
23 - 24 Disember 2014

Penginapan : Sebuah Banglow 7 bilik + Extra Bed
Makan/Minum : BBQ (RM35) + Breakfast (RM5)
Total Kos : RM4472.00 (38 pax)

Banglow Casa Rasa Sayang ni terletak kat Kuala Sungai Baru, Melaka. Kawasan Banglow ini luas. Mempunyai 2 padang untuk aktiviti dan berada di tepi pantai. Boleh singgah di website ini untuk info lanjut. Casa Rasa Sayang Banglow.

Gambar dari casarasasayang.blogspot.com
Selain dari mempunyai 7 bilik yang luas, banglo ini juga menyediakan ruang makan yang luas dan juga indoor game. Indoor game yang disediakan ialah Dart, carom, congkak dan pool. Game-game ini semua free. Tapi gunalah elok-elok dan simpan selepas main.



Karaoke pun ada.. percuma sahaja cuma kita perlu bawa CD karaoke sendiri. Belasah la nyanyi sampai pagi pun boleh... 

Belanja sikit gambar di Casa Rasa Sayang Banglow ini..

Ruang tamu - pandangan dari bilik Seaview. Kat sini la kita berkaraoke..
Swimming pool dewasa & kanak-kanak
Pandangan dari bilik Function Room
Bilik Seaview - 1 Queen, 2 twin, 1 sofa bed + 2 sofa ( boleh muat 7 orang)

Bilik Chardonay - 1 Queen. Boleh tambah 1 extra bed

Bilik Flamming Red - 1 Queen. Boleh tambah 1 extra bed

Bilik Royal Lavendar - 2 twin bed. Boleh tambah 2 extra bed

Bilik Lily White - 1 Queen, 2 twin bed. Boleh tambah 2 extra bed

Bilik Luxury Gold - 2 twin bed. Boleh tambah 1 extra bed

Bilik Serene Green - 1 Queen bed. Boleh tambah 1 extra bed.
Tak semua bilik attached dengan bathroom. Tapi yang pasti bilik Serene Green memang ada attached bathroom yang sangat luas!... lupa plak nak ambik gambar..

Dalam banyak-banyak bilik yang ada, bilik Seaview adalah yang paling besar dan luas. Ada banyak tingkap dan pemandangan menghadap laut. Memang cantik sangat.  

Kalau tak nak sewa sebuah banglo, kita boleh sewa bilik sahaja. Memandangkan kami ramai, kami sewa sebuah banglo terus.

Kalau ikutkan memang tak muat semua bilik nak isi 38 orang. Bilik + Extra bed hanya boleh muat lebih kurang 24 orang je. So kami pujuk-pujuk la owner nak sewa Function Room untuk letak tilam. 

Banglo ni ada sebuah Function Room untuk kegunaan mesyuarat tapi kami jadikan tempat tidur dengan sewaan RM50/tilam + RM12/seorang untuk guna 'aircond'... hrmmmm boleh la dari nak tidur dalam khemah kan...


Ni la function room tu. Masa kami datang ada meja mesyuarat bagai. Kat sini la mereka letak 9 set tilam. Yang tidur sini semua budak-budak bujang la.. syok la boleh tengok laut. Don't worry.. tingkap tu ada blind sebenarnya. Kalau terbuka macam tu mau budak takut nak tidur malam-malam kat situ.. hahahahah sebab banglo ini pun terletak betul-betul sebelah kubur cina!!... Banglo ni pun sesuai juga untuk warga OKU seperti kakak saya ni :)
Bagusnya owner ni... dia bagi kami datang awal walaupun check in pukul 3 petang sebenarnya. Dia bagi kami guna padang dulu sementara mereka kemaskan banglo ni untuk kami. Ye la hujung tahun kan... banglo ini fully booked!. So sampainya kami petang tu.. terus kami plan buat game yang dirancang...

Belanja sikit video... saja buat game nak happy-happy...

 



Macam-macam game juga buat.. tarik tali, baling selipar, konda kondi, periuk api...



Dah penat main sampai maghrib masing-masing masuk bilik untuk solat dan siap-siap untuk pergi makan malam pulak. Di Casa Rasa Sayang ini kita boleh book sekali dengan makan malam tapi kami tak makan di sini. Kami makan di Komplek Ikan Bakar Terapung Kuala Sg Baru. Kami buat tempahan awal memandangkan kami ramai..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh5Gvn5ACV-bOfdooNsiWK08buQHfazAZ_PIl-op-7zpD2nAv20brbRRLei7x1vzoMNr3Axr0rAnVB6Y9WSTCnmkGZdw7aMlzH2t406_qPC79y4IWkcLycCGE4Az4ocjZIiy_d5qloKgvY/s320/529755_389832521061142_100001031922963_14850992_1950560744_n.jpg
Sumber : Google
Karaoke tak ada... gitar pun jadi la..hihi
credit: fredismanjournal.blogspot.com
Dah kenyang.. sambung aktiviti lagi..

Congkak ada, carom ada, dart ada... yang nak karok.. karok laaaa
 

Keesokannya kami breakfast dengan Nasi Lemak Set dengan Ayam goreng berempah.. Terima kasih tuan rumah!! belanja kami ayam goreng berempah..hihihi.. baikkan owner banglo ni... :)

Ruang makan (outdoor). Budah-budak masih tidur lagi.. yang warga-warga pulak lepak..hihi

Lepas breakfast.. acara penyampaian hadiah bagi setiap kategori permainan yang dibuat semalam.. sayangnya gambar hilang huhuhu

Satu lagi percutian keluarga yang santai dan menyeronokkan.... 

Terima kasih semua!!!

#simpletapienjoy

Ulasan

Nor berkata…
Salam tuan tanah tumpang iklan....

Saya ada 1 unit Corus Paradise private apartment Port Dickson (seaview) utk disewa harian/bercuti/kursus bolehlah hubungi@call@whatsapp sy cikgu nor (direct owner) 019-2222777...tq

100% fully renovated with 2 rooms n 4 airconds..(hotel concept)..
Tanpa Nama berkata…
Salam. Nak tanya. Kalau guna wheelchair pilih bilik mana ya? Sbb mak saya guna wheelchair juga. Ada bilik di ground floor ke?
Unknown berkata…
How far is this place from St. Peters church in Malacca