Punya lah sibuk sampai tak sempat nak share info berkenaan trip ke Lombok, Indonesia...
Kisah setahun yang lalu... perghhh kejap je dah setahun ye..
TRIP KE LOMBOK, INDONESIA
5D4N
29 Mac 2015 - 02 April 2015
Flight: Airasia
Hotel: Central Senggigi Hotel, Gili T Resort, D'Praya Hotel
Transport : Suzuki APV (7 seater) - Rp 500,000 / day termasuk driver & petrol - ALL IN.
Itinerary selama 5H/4M :-
Day 1 - Sasak Village - Kuta - Mawun - Selong Belanak - Senggigi
Day 2 - Gili Trawangan (snorkeling di Gili Meno & Gili Air)
Day 3 - Sendang Gile & Tiu Kelep - Praya
Day 4 - Kenawa Island - Praya
Day 5 - Trip ke Pantai Pink (Tg Luar - Pulau Ular - Pulau Maringkek - Pulau Kambing - Pulau Kelunge - Tg Cumi - Pulai Sebui - Pantai Tangsi - Gili Petelu - Pulau Pasir) - Praya - Airport - KL
Sama seperti sebelum ini... trip kali ini kami plan sendiri. tak ambik mana-mana agen pun. Supir.. kami dapat dari rekemen dalam FB Group Backpacker...
Lokasi yang nak dituju disusun mengikut kawasan tengah, utara, selatan, timur & barat.... kena buat research dalam internet & maps semestinya. Mengambil kira masa yang ada jarak perjalanan antara satu tempat ke satu tempat.
Jadi kena susun itinerary supaya tidak buang masa dalam perjalanan. Semasa di Lombok kami tak beli simpack pun sebab umobile auto convert ke telkomsel... save bajet.. guna data plan jer... telkomsel memang superb laju... atas laut pun ada line!
Hotel semua tak book awal sebab dari research yang dibuat terdapat banyak hotel di Lombok.. jadi kita redah je laaaa Day 1
Alhamdulillah.. selamat sampai di Lombok jam 11.00 lagi. Sampai terus cari supir kami Pak Ibrahim. Pak Ibrahim memang terbaik. Sangat peramah dan tidak berkira. Suka bercerita perihal Lombok... memang layan... sangat rekemen untuk yang mencari-cari khidmat supir di Lombok.
Sampai di Lombok... biasalah kena singgah Sasak Village.
Apa ada di Sasak Village?... Sasak Village ini sebuah perkampungan asli orang Lombok. Tempat ini sudah dikomersialkan menjadi tempat pelancongan dengan mengekalkan ciri-ciri asal.
Tiada bayaran masuk dikenakan tapi boleh bagi saguhati seikhlas hati pada guide yang bawa kita jalan-jalan dalam kampung ini.
Bangsal yang tinggi ini untuk simpan beras ya... kalau rumahnya pulak design yang sama cuma lantainya diperbuat dari tahi lembu...
Penduduk di sini rata-rata berniaga cenderamata, kain songket... harga?... boleh tahan juga.
Habis jalan-jalan di sini kita beransur ke Pantai Kuta pula...
Gambar wajib.. kalau tak bergambar di sini tak sah laaaa..hihi
Di sini ramai adik-adik mandi.... dan juga... penjual kain. Hati-hati ya... mereka akan mengekor kita sampai sudah... pemandangan di sini memang cantik, air biru kehijauan dengan pulau-pulau kecil.... jom layan gambar..
Di Pantai Kuta ini kami tak mandi hanya bergambar & santai sahaja.... sebab perut lapar pula... Dah bergambar di sini.. kami bergerak ke pantai Mawun pula....
Pemandangan dalam perjalanan ke pantai Mawun
Pantai Mawun
Di sinipun ramai penjual kain juga... harga lebih murah dari di Sasak Village. Nak mengurut pun boleh... ada tukang urut di sini...
Di Pantai Mawun ini ramai foreigner yang lepak sun bathing... aku rasa berengas panas.. mereka baik punya landing..kikiki
Lepas singgah di Mawun kami bergerak ke Pantai Selongblanak.
Pantai Selongblanak
Luas mata memandang
Rehat kejap...penat jalan
Antara aktiviti di sini selain mandi laut
Pasir putih halus..
Cuaca mendung nak hujan
Isi perut dulu... lapar
Jagung bakar manis pedas.. sedap
Nasi Goreng & Mee Sedap Goreng... memang sedap
Sedap...
Bila dah kenyang...
Total kos makan tadi Rp 93,000.00.... alhamdulillah cukup lah buat alas perut sebelum gi makan malam nanti.
Kami di Selongblanak ini sampai lewat petang. Memandangkan esok nak pergi Gili Trawangan, jadi malam ini kena menginap hotel di kawasan Senggigi supaya pagi-pagi esok dekat dengan jeti nak ke sana... tak la buang masa kan...
Perjalanan ke Senggigi... Lombok ni juga terkenal sebagai negeri seribu masjid.... memang banyak masjid di sini... pengangkutan di sini masih lagi ada guna kereta kuda atau dipanggil cidomo... selamba jalan tengah jalan..hihi
Dah sampai Senggigi... kami pilih untuk menginap di Hotel Central Inn. Hotelnya selesa dan boleh muat 3 orang dengan extra bed. Dekat juga dengan tempat makan. Hotel ni sesuai dengan bajet kami. Lagipun hanya untuk menginap 1 malam sahaja... jadilaaaa....
Kos Hotel Rp 520,000 untuk satu malam termasuk extra bed (share 3 orang). Bilik dapat di bahagian bawah betul-betul depan kolam renang. Harga termasuk sarapan untuk 3 orang.
Janji dengan Pak Ibrahim esok pagi-pagi dalam jam 8.00 pagi ambil kami ke Pelabuhan untuk ke Gili Trawangan.
Malam.. kami keluar la jalan-jalan nak cari makan. Bila tanya di reception... katanya depan sikit ada banyak restoran boleh jalan kaki tapi berpeluh la... tengah jalan-jalan tu nampak pula cidomo..
Nak jalan tak larat penat... kita naik la cidomo ni
Jumpa restoran Yessy Cafe.. kita cuba makan sini
Di Lombok ni... signature dish nya ialah Ayam Taliwang... Kalau di Bali terkenal dengan Ikan Gurame... di sini terkenal dengan Ayam Taliwang... jadi wajib cuba lah!.
Ni la rupa Ayam Taliwang... ayamnya di bakar dan ada kuahnya (Rp 55k)
Plecing kangkung (Rp 15k)
Tauhu goreng (Rp15k), Udang Goreng
Menu Ayam Bakar Taliwang, Plecing Kangkung, Udang Goreng, Sup Cendawan, Tauhu Goreng dan minuman... kos kena Rp480,000... ambik kaww...hahahaha
Balik tu kami singgah tempat cenderamata..
Habis lagi duit...kuikuikui
Day 2 - Trip ke Gili Trawangan
Untuk ke Gili Trawangan, terdapat beberapa cara. Antaranya menaiki bot melalui Pelabuhan Bangsal / Teluk Nara / Teluk Kodek.
1. Melalui Pelabuhan Bangsal (Bot Awam)
lebih murah tetapi ada jadual tertentu (Rp 25k seorang)
lebih ramai orang kerana ianya bot awam
tempoh perjalanan lebih lama dalam 30minit bergantung kepada cuaca.
Bot Awam di Pelabuhan Bangsal (gambar ehsan google)
2. Melalui Pelabuhan Teluk Kodek (Bot Persendirian)
lebih mahal tetapi boleh bergerak bila-bila masa
dah persendirian..kita-kita je la kan... lagi ramai lagi jimat.
menggunakan speed boat boleh muat 7 orang.. sampai pun cepat.. kurang 10 minit.
Harga Rp 850k (pergi balik).... harga ni memang dah survey.. standard price la tu...
Kami pilih Bot Persendirian ini sebab nak cepat dan takut tiket di Bot Awam habis... lagipun naik ramai-ramai bot awam tu risau keselamatan la pula kan. Mek tak pandai berenang kalau tak ada life jaket...kehkehkeh
Teluk Kodek (gambar ehsan google)
Pemandangan sepanjang perjalanan ke Teluk Kodek
Dari sini boleh nampak Gujung Agung yang terletak di Bali
Pun boleh nampak 3 Gili tu.. Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air
Dah sampai Teluk Kodek... Sesi nego harga bot plak...hihhi
Rp850k pergi balik.... ramai sangat susah nak nego..kuikuikui
Speed boat yang ditawarkan
Contact No owner boat... kami ambik sekali snorkeling pakej ke Gili Meno & Gili Air... guide layan baeekk punye
Dah sampai.... kami pilih nak menginap di Gili T Resort... lepak sekejap sementara tunggu bilik
Ok... sedikit info berkenaan Gili Trawangan. Terkenal dengan panggilan 3 Gili (Gili Trawangan, Gili Meno & Gili Air). Gili Trawangan adalah yang paling besar dan Gili Air adalah yang terkecil.
Gili Trawangan diduduki 99% muslim dan mempunyai masjid. Di sini mempunyai berpuluh hotel/resort tapi kesemuanya menyediakan makan TIDAK HALAL. Hanya ada 2 restoran / warung yang menyediakan makanan halal. Salah satunya ialah Green Cafe.. jadi sila hati-hati ye... walaupun kita tanya serve halal food?... memang angguk saja mereka ni tapi bila tengok menu.. semuanya serve pork..bacon... huhuhu. Mereka terpaksa ada hidangan khinzir sebab kebanyakan pelancong adalah dari luar. Dekat sini pun berpuluh pub.. malam-malam memang meriah... tapi bila azan berkumandang kuat... mereka pandai hormat.
Tips:- Lebih baik menginap di kawasan Green Cafe sebab senang nak makan & setiap malam ada pasar malam... mewah makan seafood bakar & macam-macam makanan depan Green Cafe ni..
Di Green Cafe ni... rata-rata ramai dari Malaysia...sesiapa yang berada di Gili T sampai 3 ke 4 hari... pengsan la korang asyik makan kat Green Cafe ni je...hahaha
Ok Gili T Resort memang sangat dekat dengan Green Cafe. Kos Rp 700k / satu malam utk Triple Sharing (extra bed).
Lupa nak ambik gambar bilik adoiiii....
Lepas check in dalam jam 10.30 pagi macam tu... kami plan nak jalan-jalan la sebab snorkeling mula jam 2.30 petang...
Di Gili Trawangan ini tidak ada kenderaan bermotor ya... yang ada hanya Cidomo (kereta kuda) dan basikal sahaja.
Kalau naik Cidomo untuk jalan-jalan sekitar Gili Trawangan ni ambik masa lebih kurang 30 minit sahaja... kos Rp 150k... kalau naik basikal.. lebih kurang 2 jam habis keliling pulau.
Konon rajin kami naik basikal la... kos Rp 25k satu jam... jom kita jalan-jalan...
Tempat yg wajib singgah..hihihi
Lantak la basah..hahahha
Ni la kalau mintak org ambikkan gambar.... tak nampak signboard Ombak Sunset tu...huhuhu
Serius cantik lautnya ya allah...
Gatal sangat nak naik basikal..... bapak penat giler.. dah la tengah panas aduiii.... Ada pula sesetengah kawasan tak boleh kayuh basikal sebab kena lalu pantai... jadi kena pikul basikal la.... peluh jantan keluar... ambik kauuuu....
Laluan yang tak boleh berbasikal... huhu kena pikul basikalnya (gambar: google streetview)
Memang penat gila... sebenarnya ada jalan pintas... tapi tu la gatal tak nak lalu..hahahaha. Ok sampai hotel... mandi rehat sekejap... lepastu pergi cari makan... nak lunch...
Ni la Green Cafe... warung yang jual makanan halal yang terdekat dengan Gili T Resort... masa jalan-jalan pusing pulau pun... kami dok tengok-tengok kot ada resort cafe yang jualan makanan halal... tapi memang tak ada.... yang jual tepi-tepi jalan bungkus pun kami tak berani nak beli..
Tempat rakyat Malaysia makan...heheheh (gambar: google)
Menu macam biasa... goreng2
Kos Makan tengahari kat sini untuk 3 orang sekali dgn air.. Rp 185k... menu mee goreng, nasi goreng.. air teh o ais...
Lepas makan rehat sekejap di hotel.. solat.
Jam 2.15 petang kami dah berada di jeti
Jeti Gili Trawangan.... dekat dgn Gili T Resort
Bersama owner... Agil
Kena terjun tengah laut...hihi
Cantik betul ciptaan tuhan.... masih terpelihara taman laut Gili Meno...
Gerak ke Gili Air pulak..
Ni view di Gili Air pulak... masyaallah... jinak-jinak ikan dia... hihihi
Best... memang berbaloi.. boatman pun ok... memang layan..
Balik hotel....kita mandi lagiiii
Aktiviti malam di Gili Trawangan....
Di sini.. malam-malam ada pesta makan..lebih kurang la.. macam pasar malam tapi makanan jer... macam-macam ada.... rugi kalau tak pekena.
Pasar malam ni betul-betul depan Green Cafe... ada macam-macam seafood bakar.
ikan bakar...kaw kaw
Cukup la makan 3 org
Macam ni la suasana malam di Gili T........ gambar ehsan google
Apam balik coklat nutella.... sedap kaw kaw
Lepas makan boleh rayau-rayau.. memang meriah... biasa la banyak pub kan.... tapi kami dah tak larat... lepas makan balik hotel tidur sebab esok nak gerak ke Sendang Gile & Tiu Kelep pula...
Day 3- Trip ke Sendang Gile & Tiu Kelep Sementara tunggu boatman... kami jalan-jalan naik cidomo pula untuk keliling pulau. Semalam naik basikal, kali ni nak merasa naik cidomo pula. Kos Rp150,000.00 (share 3 org).
Naik cidomo ni tak lama ada la dalam 1/2 jam saja.. tapi kalau asyik nak turun bergambar memang lama la jadinya. Dah habis meronda.. kami pun ke jeti untuk naik bot ke destinasi seterusnya. Puas main laut.. kita pergi layan air terjun pula. Kami naik bot yang sama sebab masa datang dah bayar penuh untuk pergi balik. Pak Ibrahim dah tunggu di jeti untuk ambil kami.
Pemandangan sepanjang perjalanan nak ke Sendang Gile
Udah Sampai
Kaunter pembelian tiket... Rp 650,000.00 (3 orang)... mahalnya!
Tour Guide yang pandu kami ke Sendang Gile & Tiu Kelep
Banyak anak tangga.. penat
Lepas dalam 30 min menapak dah nampak Air Terjun Sendang Gile
Kene kat badan air terjun tu tak tahan pula sakit..
Air Sejuk macam Air Batu!!!!
Tak ada tempat berendam.. cetek saja
Air terjun Sendang Gile ini di kawasan bawah.. perjalanan menyusuri tangga lebih kurang dalam 30 minit... kami la yg terlebih muatan ni..hahahaha. Kalau yang memang selalu trekking kacang je kot.
Air terjun ini terus menjunam ke tanah rata saja. Tak ada kawasan yang dalam untuk kita berendam pun. Main kejap air di situ lepastu kami gerak ke atas lagi untuk pergi ke Air Terjun Tiu Kelep pula.
Turun naik tangga bagi kami yang jarang exercise ni memang memeritkan...huh
Bila tanya abang tour guide ni jauh lagi ke?... lagi 20 menit.. katanya.... tapi tak sampai-sampai jugak..
Bila tanya orang yang lalu lalang.. lagi 10 menit pula pun tak sampai-sampai!
Angguk dia 10 minit... dekat 1 jam lebih baru kami sampai ke Tiu Kelep... masa nampak air terjun tu rasa macam nak menangis nak sujud syukur sebab sampai juga... hahahaha
Tinggi sayup jer... jangan sampai salah langkah
Akhirnya sampai juga ke Tiu Kelep..huhuhu
Sejuk yang amat!!... di sini boleh mandi, berenang ada tempat dalam di kawasan air terjun tu tapi mek tak sanggup nak pergi sebab sejuk sangat sampai ke tulang
Puashati sampai jugak.. adik sorang tu dah nak mengalah dah sebab tak larat. Ini hal nak datang.. lepasni nak menghadap hal nak balik pula... adui la makkkk.
Memandangkan kami dah tak larat nak memanjat tangga.. tour guide kami bawa ikut jalan landai... tapi lagi jauh dari jalan biasa. Fikir punya fikir... tak apa lah.. jauh pun jauh la asalkan tak naik tangga.. maka kami diajak melalui jalan terowong tali air... mak aiiii seram tapi best juga...kikiki
Memang jauh gila perjalanan ikut jalan landai ni. Tapi dapat pemandangan yang berbeza. Ada kampung-kampung dengan penduduk di situ yang pandang kami satu macam jer...hihihi
Kami keluar bukan di pintu masuk awal-awal tu... kami keluar hampir 500m ke bawah dari pintu masuk hahahah... pak ibrahim supir terkejut bila dapat call minta ambil kami di bawah... hahahahhaha.
Lepas bersihkan diri di tandas yang disediakan kami ke kedai makan pula isi perut.
Kami makan di sini.. Nasi Balap Puyung... best
Hari ke 3 ni kami check in di Hotel dPraya di kawasan bandar Praya. Kenapa kami memilih hotel ni? sebab kami nak hotel yang dekat untuk ke jeti/pelabuhan kayangan (lombok timur) sebab detinasi berikutnya ialah ke Pulau Kenawa yang terletak di Pulau Sunbawa.
Day 4 - Kenawa Island, Sunbawa
Kenawa Island ni terkenal dengan coral yg cantik dan menjadi tempat backpackers bermalam dengan khemah berlangitkan beribu bintang
Disebabkan sering disebut-sebut tentang keunikan Pulau Kenawa ni, kami pun bercadang untuk melawat pulau kecil ini. Pulau ini hanya mempunyai bukit kecil, jeti usang dan pondok usang untuk berehat. Selain dari itu tidak ada apa-apa kemudahan yang disediakan disini.
Pemandangan sepanjang perjalanan dari bandar Praya ke Pelabuhan Kayangan Lombok Timur
Dah sampai Pelabuhan Kayangan
Tempat beli tiket feri
Perkhidmatan Feri ini adalah 24 jam dan Feri ada setiap 1 jam. (Ehsan dr Google)
Rp40,000 seorang utk ke Sunbawa Island (Pototano) - pergi balik
Feri yang membawa kami ke Sunbawa
Dalam Feri. Perjalanan ambik masa 2 jam.... mengantuk!
Ada banyak jualan perseorangan dalam feri ni
Dah sampai Sunbawa
Dari Sunbawa kami naik bot persendirian untuk ke Kenawa Island. Kami guna khidmat Pak Jamal
Rp 300k satu bot. Pak Jamal akan hantar dan tunggu sehingga kita selesai/puas mandi. Kalau nak bermalam, kena bagi tahu jam berapa nak ambil esoknya.
Laut di sini curam... maknanya.. dalam pada kita asyik snorkeling tu tiba-tiba terus ke laut dalam.. kuss semangat tiba-tiba pandangan tu gelap jer.
Keadaan jeti pun usang
Cuaca panas berteduh bawah jambatan/jeti
Pondok pondok usang yang ada
Bukit kecil yang jadi trademark Kenawa Island. Kalau datang tak ambil gambar di bukit tak sah!
Laut 3 warna
Secara peribadinya.. laut di sini memang cantik tapi kami tak jumpa coral-coral yang cantik seperti yang di share kawan-kawan lain. Lebih banyak nampak rumpai laut jer. Kami pun tak lama di sini ada la dalam 1 jam lebih saja kot. Lepastu terus balik.
Di Jeti Sunbawa (Pototano) ada tandas awam & musollah untuk kegunaan kita. Tapi seeloknya masa nak masuk Kenawa Island tu bawa lah bekalan makan & air mineral. Sebab lepas main-main air memang kelaparan dan di sana memang tak ada paip air bersih. Bekalan makanan kami beli masa di Jeti Sunbawa. Ada jualan nasi goreng & mee goreng. Tak jumpa pula gambar nak share.
Ni pemandangan masa otw balik hotel. Macam pasar tani gitu
Repeat lagi Nasi Balap Puyung tapi kat kedai sebelah pulak. Kedai yang ni lagi sedap dari kedai semalam. Sambel dia maveles!!
Nampak simple tapi sedap gila.. Nasi Balap Puyung Rp 15,000.00
Lepas makan malam, kami balik ke Hotel dPraya untuk berehat. Bersedia untuk ke destinasi berikutnya..
Day 5 - Trip ke Pantai Pink (Tg Luar - Pulau Ular - Pulau Maringkek - Pulau Kambing - Pulau Kelunge - Tg Cumi - Pulai Sebui - Pantai Tangsi - Gili Petelu - Pulau Pasir) - Praya - Airport - KL
Memandangkan tiket flight balik jam 10.00 malam, kesempatan yang ada kami ke trip Pantai Pink. Kami naik bot dari Tanjung Luar. Awal pagi dalam jam 8.00 pagi kami pergi sarapan dulu.
Sarapan yang disediakan di Hotel dPraya. Harga bilik Triple Sharing dah termasuk sarapan.
Selepas sarapan, kami pun gerak ke Tanjung Luar
Tanjung Luar adalah Pasar Ikan (Fish Market) yang mana tempat-tempat nelayan menurunkan hasil tangkapan. Makanya kawasan ini agak sibuk & bau ikan..hihi
Lupa nama boatman ni. Rp1,350,000 utk 3 orang termasuk makan ikan bakar di Pantai Pink nanti.
Pulau Maringkik (Gili Maringkik)
Pulau Maringkik (Gili Maringkik) ni terdapat penempatan penduduk nelayan. Tiang-tiang elektrik itu menghubungkan Pulau Maringkik (Gili Maringkik) dengan Pulau Kambing (Gili Bembe). Bila air surut, boleh jalan kaki di tengah-tengah tu.. Kemudian kami menuju ke Tanjung Cumi. Di sini adalah tempat popular untuk aktiviti snorkeling.
Menuju ke Pulau Segui ( Pantai Pink 2)
Tak nampak pink kan... jap lagi magik..
Menuju ke Pantai Tangsi (Pantai Pink 1)
jeng jeng jeng... tetiba pink kan... ada rahsia dia..
Warna pink ni akan menyerlah apabila kita guna kaca mata Polarized... hhihihi. Pandangan mata kasar tak nampak sangat pink nya.. tapi bila pakai spec mata 'Polarized' memang jelas nampak pinknya pantai ni
Bakar ikan untuk makan tengahari
Dah makan, dah puas bergambar di Pantai Tangsi (Pantai Pink 1).. kami bergerak ke Gili Petelu pula... snorkeling lagi!!
Cantik coral-coral kat sini.. suka tengok coral warna hijau..
Last sekali... kami singgah di Pulau Pasir. Masa awal pagi dalam perjalanan datang nak ke Pantai Pink.. lalu sini air tengah pasang jadi tak nampak pulau pasir ni. Masa balik air laut dah surut maka timbullah Pulau Pasir ni. Pulau Pasir ni adalah antara tempat yang wajib singgah. Seluas mata memandang...
Lengkap sudah trip hari ke 5 ni... selepas penat bersnorkeling bagai kami balik ke hotel di Praya. Tapi singgah makan dulu... lapar gila dah penat main laut..
Repeat lagi tempat yang sama... ahhahaha memamg tak boleh move on la Nasi Balap Puyung aduhaiii
Dah kenyang balik hotel yuukkk... banyak nak kemas ni.. nak blik dah..
Alhamdulillah.. selesai percutian 5h4m di Lombok, Indonesia. Walaupun dapat singgah utara, selatan, timur & barat Lombok tapi masih banyak tempat yang tidak sempat kami singgah.. memang tak cukup setakat 5 hari di sini.
Walaubagaimanapun, tetap puashati sebab dapat rasa melawat bandar ceritera sejarah Lombok, cecah beberapa laut & pantai, trekking kaki gunung dapat rasa signature dish Lombok (Ayam Taliwang).. tapi lagi suka Nasi Balap Puyung..hihihi
Supir Pak Brahim yang sangat baik... banyak cerita tentang Lombok. Sangat selesa dengan layanan beliau. Harap ada rezeki untuk datang sini lagi... inshaaAllah...
Ulasan