Review Penginapan di Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka


Assalammualaikum...

Lama sudah tak update blog. Dalam dok belek-belek gambar kat laptop ni.. ternampak pulak gambar-gambar Family Day tahun 2012. Masa tu tak terfikir nak buat blog... 

Memandangkan sekarang dah ada blog, boleh la citer sikit pasal Desa Balqis ni... kot la boleh bagi tips-tips pada kengkawan yang plan nak gi sana.


FAMILY DAY EVENT
2D 1N
Penginapan : 5 buah Rumah 
Makan/minum : BBQ Dinner (RM32) + B/Fast (RM5)
Karaoke set : RM300
Total kos : RM2600++ (35 orang)




Desa Balqis ni terletak kat Kuala Linggi, Melaka. Terdapat beberapa rumah tradisional melayu yang disewa untuk dijadikan penginapan.

Kawasan dia luas, terdapat padang permainan, swimming pool yang besar, tempat makan yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa.

Kami sekeluarga lebih kurang 35 orang telah memilih Desa Balqis untuk aktiviti Family Day kami. Details lebih lanjut pasal rumah-rumah yang ada di Desa Balqis.. boleh klik di sini Desa Balqis, Kuala Linggi.

Kami book 5 jenis rumah.. Rumah Pak Long, Rumah Balqis, Rumah Mama, Rumah Pakcik dan Rumah Atuk.

Masa kami datang tahun 2012 tu.. rumah kak long,kak ngah, kak lang dan kak cik tak ada lagi.. dalam pembikinan.

Suka sangat dengan dekorasi rumah-rumah ini. Desa Balqis masih mengekalkan tradisi rumah melayu. Ada tempayan di kaki tangga (basuh kaki sebelum naik umah). Bilik mandi pun  ada tempayan. Dalam bilik tidur pun ada kelambu.

Walaupun tradisional, tapi water heater dan aircond ada jugak disediakan... kot la ada yang tak boleh mandi air sejuk & tak boleh tidur kalau tak ada aircond kannn....

Belanja sikit gambar-gambar sekitar Desa Balqis..
Rumah Pakcik & Tempat Makan
Rumah Pak Long dari tepi
Kawasan yang luas dan hijau..
Padang untuk aktiviti Family Day.
 Desa Balqis ni terletak betul-betul tepi laut...


Rumah Pak Long. Ada aircond & water heater ye... pon ada kelambu!!
Rumah Mama.. kalau tak silap..
Antara rumah-rumah yang ada
Antara rumah-rumah yang ada
Rumah Balqis... rumah ni 2 tingkat..
Rumah Balqis
Tempat makan. Kitorang sampai je terus makan.. bawa pot luck masing-masing.
Pengurusan di Desa Balqis pun ada menyediakan pakej makan & penginapan. Memandangkan kami nak cut cost.. so kami hanya tempah BBQ untuk dinner & sarapan pagi utk esok... So makan tengahari untuk 1st day.. kami pot luck jer...

Antara rumah-rumah yang ada
Antara rumah-rumah yang ada
Antara rumah-rumah yang ada
Makan ramai-ramai...


Kat tempat makan ni la kami akan makan malam (BBQ) & karaoke!!. Yang ni kami ambil pakej dengan Desa Balqis.

Tempat lepak/santai pun ada..


Rumah Pak Long
Berandah Rumah Pak Long... selesa
Ni la yang paling di sukai anak-anak.. swimming pool!!... besar dan best!
Betul-betul tepi pantai..
Family kami jer.. so private!!

Hujan-hujan pun mandi... seronok punye pasal!



View dari swimming pool...


Dah puas mandi-manda.. masa utk bermain plak...








Aktiviti sukaneka & mandi manda sampai lewat petang. Lepas Maghrib .. bersiap-siap untuk BBQ Dinner & Karaoke plak..

Cantik kan?... lampu warna warni... memang terasa duk kampung..
Tak sabar nak makan...hihihi
Semua rumah ada lampu warna-warni..
Disediakan oleh Desa Balqis.. memang sedap & puas hati..


Sambil makan.. sambil karok..



Game Musical Chair... sempat jugak wat game.. hahahah
Aktiviti kami tamat tepat jam 12 malam. Tapi biasa la.. dok borak-borak kat berandah sampai 2 pagi kot. Selesa dan nyaman dengan suasana kampung.

Keesokannya sesi penyampaian hadiah dan sarapan pagi. Sarapan pagi Nasi Lemak set dan air teh o panas. Simple jer.






Keluarga kami...
Ohh.. kakak saya warga 'istimewa'. Walaupun dia OKU tapi dia selesa di Desa Balqis sebab fasiliti yang disediakan mesra OKU. Boleh pilih Rumah Pakcik jika ada OKU atau warga emas sebab Rumah Pakcik ni kedudukannya di bawah dan tak ada tangga.

Tahun 2014... Family Day kami di Casa Rasa Sayang.. Sg Dua, Melaka. Citer di next entry plak...

Salam....

Ulasan

Adam berkata…
Berapa kadar sewa unit2 rumah
MJ berkata…
Rate skrg tak pasti... dulu ambik umah pak long rm500 satu mlm kalu tak silap. Ada 3 bilik. Bole cek kat www.desabalqis.com
Aira_Mya berkata…
Salam.. Nice tip and info.. Saya pn bakal ke sana hujung minggu ni.. Hehe.. Nak tanya, barang2 makan macam sudu garfu, senduk sume die prepare x ye?
MJ berkata…
Salam... kalau tak silap... ade. Tak pasti la coz kitorg dok 1 mlm je. Lunch kitorg bw pot luck sendiri. Cuma bbq dinner ngan b/fast je ambik ngan desa balqis. Tak msk pu kat sana...
Unknown berkata…
saya pun akn bcuti di sana hujung bln ni...kami sewa rumah mama..rate skg 490/nite...terima kasih utk info...harap2 percutian nanti bermakna utk sy &keluarga...
MJ berkata…
Sama2.... enjoy ur holiday..
Unknown berkata…
Saya dah pernah bermalam di sana...best sgt. Tak sabar nak berkunjung lagi ke desa balqis
MJ berkata…
Kannn... sy pun suka..
Unknown berkata…
Hi,
Kalau keluarga saya dlm 35 org termasuk kanak2, berapa buah rumah yg perlu saya booking?
Kitchen pny barang2 complete tak kalau kita nak masak sendiri?
Cahaya berkata…
Salam. Nk tanya pantai kt situ boleh mandi jugak k? K mandi dekat swimming pool je?
MJ berkata…
Bole jugak mandi... tp aritu ms sy pergi kami mandi pool jer.. tu pun dh best.
MJ berkata…
Sy aritu book 5 buah rumah. Ade rumah yg 3 bilik.. ade yg 2 bilik.. ade yg 1 bilik je. Ikut kesesuaian family sharing... yg bujang2 1 rumah.. yg lain2 tu sharing2...

Peralatan dapur sy tak ingat lengkap ke tak sbb kami x guna.
Unknown berkata…
salam,,nak tnya ..agak2..boleh muat dengan 100++ org tak?

MJ berkata…
Rasanye cam tak muat.. dlm 70 org boleh kot. Tempat mkn terhad. Kalu ramai kene pasang khemah utk mkn.

Penginapan pun... kalau tak muat x tau la bole request camping je tak... tp just nk bg tau... ms kami kat sane.. mlm2 ade babi hutan masuk kawasan... hihi
Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata…
salam nak tanya , set karaoke tu desa balqis punya ke tempah kat luar ?
MJ berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MJ berkata…
Salam... kami booking thru Desa Balqis... dorang yg uruskan. Tak pasti dorang punye ke atau org luar...
Unknown berkata…
Assalam.
Sy plan nak arrange family day di desa balqis pada thn dpn.
Nak tanya.
Ada restoran/ kedai makanan yg berdekatan desa baqis utk kita order mkn utk 60 org gitu?
Unknown berkata…
Ada restoran tak berdekatan desa balqis?
MJ berkata…
Salam,... berdekatan macam sebelah2 tu tak ada kot.. kalu ada pun warung2 kecik. Tapi ada restoran Ikan Bakar Terapung kat area Sg Dua. kalu nk dinner kat situ boleh. Tapi kalau nak order & hantar mkn ke Desa Balqis tu tak pasti. Kat Restoran Ikan Bakar tu nak booking karaoke pun boleh.
MJ berkata…
Paling dekat kat Restoran Ikan Bakar Terapung area Sg Dua
Tanpa Nama berkata…
kalo 40 orang bape rumah boleh muat er??ingat awal bulan depan nak p sane.
MJ berkata…
Kene plan.. sharing ke tak.. sbb ade umah 3 bilik/2bilik/1bilik

Utk 40 org muat jer
Unknown berkata…
Assalam...awak ada contact no desa balqis tk? Mmg kena call no kl tu ke?
Unknown berkata…
ada contact no desa balqis x? sy try call ofis no. dia takde org angkat pon :(
Theeyeofmia berkata…
Saya pun baru nak ke sana esok..sebenarnya saya lebih suka duduk hotel..tetapi memandangkan suami saya kata "cuba sesuatu yang baru..asyik duduk hotel jer"..kena ikutlah..wish me luck!!!!!!!!!!!!!!!
MJ berkata…
Have fun sis!!!
MJ berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
MJ berkata…
X de simpan la... sorry. Dulu pun call thru contact no dlm website dia
MJ berkata…
X de la.. sorry..
Unknown berkata…
salam, nak tanya dalam satu rumah terhad dengan bilangan yang ditetapkan ataupun boleh sumbat2 ? hehe maaf ye
Tanpa Nama berkata…
salam semua... ada kemudahan wifi di sini? perlu ada utk satu aktiviti yg perlukan data / wifi
Tanpa Nama berkata…
Assalam sya nak tanya di sana, ada sediakan iron baju x kalau ada kena charge ke klau nk guna
Unknown berkata…
Tak pyh kmi baru balik dr desa balqis buat fmly day compny service sangat teruk air tak ada'perkeja x leh buat apa .owner x btgjwb ksian pkja kna marah2 cust tp owner buat x indah pkrja baru silih berganti.kolam x penuh2 time anak2 x leh mndi rumah terputus air 2hr pelerja order air utk msuk ke desa bos x nak byr.pekerja x leh buat apa bos kt kl dtg pun seskli pekerja x tau nak beradap dgn custmer x de latihan (managment terok)
MJ berkata…
Sorry to hear that... bad experience. Mungkin dah ramai sangat agaknya. Masa saya pergi dulu tahun 2015.. ok jer. Masa tu pun tak banyak jenis-jenis rumah macam sekarang.