Skudai, Johor... Stay di M Suites Hotel

Salam....

Lama tak update blog. Dalam beberapa bulan ada jugak la gi jalan-jalan tapi tak sempat nak update...


So kita kayuh la pelan-pelan.... hari ini nak kongsi info sikit masa gi Johor sabtu lepas.


Info kali ni simple jer...tak la se'detail' seperti sebelum ni...


Tujuan sebenarnya nak ke Johor sebab nak join event Jamboree VW.... kitorg memang gila ngan van antik VW / kombi... so.. di mana ade Jamboree VW... in shaa allah di situ la kami ada.


Gerak dari KL kul 11 pagi. Sampai di Skudai jam 4.00 petang. Kami pilih untuk stay kat M Suites Hotel
.

http://www.m-suites.com/
Room : Standard Suites
Rate : RM260/night inclu. tax
Date: 25 - 26 Oktober 2014


bilik dia luas ade sofa, kitchen, fridge






Video kecik untuk describe rupa bilik.... 
Kami pilih hotel ni sebab kemudahan pool dia. Sangat sesuai untuk budak-budak... sikit view di pool mereka....




M Suites Hotel ni sangat dekat dengan Danga Bay. Area makan kat sini senang jugak. Kami dinner kat Tebrau Food Court.. dalam 50 meter dari hotel...

Aktiviti kami malam ni.... join Jamboree VW... tujuan utama kami ke sini...hihihi







Next day, kami breakfast di Myra Lounge.. lupa nak ambil gambar. Ada banyak pilihan makanan dan juga sedap!... memang puashati makan kat sini. Macam biasa harga bilik termasuk complimentary breakfast untuk 2 orang. So untuk tambahan, harga budak RM17++, dewasa RM24++ kalau tak silap.

Puashati la.. bilik luas, anak-anak seronok dengan pool, makanan pun sedap....

Boleh la kalau nak datang lagi kat sini...




Ulasan