Dah lama tak pergi Kota Bahru, Kelantan. Disebabkan ada VW Jambori kat sana, sanggup turun. Bukan dekat dari KL nak Kelantan... nak naik flight tiket mahal sebab tengah Cuti Umum so kitorang plan naik bas ekspress je la.
Dah lama pun tak naik bas jauh-jauh ni. Nasib pergi berdua je kalau bawa anak-anak lebih baik naik kereta je kan.
Naik bas kat Hentian Putra. Banyak pilihan tapi kami pilih Transnasional. haahahaha....padan muka dapat bas aircond tak kuat berpeluh koooo nak sampai Kota Bahru. Menyesal! patut ambik bas Perdana ke apa ke kannnnn..... sabar je la.
Naik bas pagi sampai dekat-dekat nak Maghrib. Sampai je kat Kota Bahru kitorang baru nak cari Hotel Bajet. Jalan punya jalan jumpa la Hotel Harmoni...
Hotel ni berdekatan dengan stesen bas boleh jalan kaki je. Dekat jugak dengan bulatan Jam Besar. Hotel ni tak ada lif.. ye la bajet kan....
Bilik Standard - One Double Bed.. bole laaa |
Toilet.. bersih & very basic. No toiletries |
Ok la selesa la jugak. Area sini senang la nak cari makan. Datang Kota Bahru ni sebenarnya nak join event VW Jambori, tak ada la plan nak jalan mana-mana sangat. Tapi cari jugak la kereta sewa... hampeh... abis semua.. so terpaksalah kami berjalan kaki sekitar Kota Bahru.
Malam tu jalan-jalan area bandar kota bahru. Ada night market rupanya. Banyak yang jual kain dan baju. Beli la 3 pasang baju kupu-kupu wat ole2 kawan...
Penat jalan kami gi makan lak. Terjumpa kedai makan ni..
lupa nama kedai.. |
order simple je coz penat sangat tak de selera nak makan :'( |
Lepas makan dah penat sangat balik hotel tido.. rehat untuk jalan-jalan esok plak.
Esoknya kami menapak jalan ke Stadium Sultan Mohammad IV... pergghhh jenuh menapak dari hotel ke stadium tu.. berpeluh seehhhh..
On the way nak ke stadium tu.. kami lalu pasar pagi.. seronok plak tengok.. macam2 ada.. sambil tu kami breakfast kat kedai mamak sebelah jam besar..
apa benda ni tak tau la.. |
Di Stadium.. dapat combi sebijik bestnyerrrrrr.... ramai dari negara jiran (thai) yang join event ni. Paling jauh dari Australia... memang cekal la dorang drive sampai sini..
Nak balik ternampak plak ni.. sedap nyerr....
Singgah Pasar Siti Khatijah plak.. orang perempuan memang akan gila tengok kain2 kat sini... cantik bak hanggg
Dah penat jalan.. balik hotel berehat jap.. malam nanti nak jalan lagi.. nasib baik ada kawan kat sini.. kalau tak.. mau kematu kitorang dah la kereta sewa tak ada...
kat PCB (Pantai Cahaya Bulan) |
nak sangat makan maggi ketam |
Sup belut |
Ni ha maggi ketam.. rm30 ko semangkuk besar boleh makan 2 org |
Paprik Belut.. |
Maggi ketam tu makan sorang tak abis. Kalau Matt Stonie selamba je 5 min dia abiskan..hahaha
Singgah kg apa nama tak ingat... tgk lukis batik plak... memang berseni betul tangan brader ni..
Mahal rupanya batik lukis ni... on the way balik hotel singgah Wakaf Che Yeh plak... tak pernah sampai sini... sekali dah sampai... umanggggg ramainye orang.. tempat parking pun penuh.. perghhh
kain murah gila.. tp tak tau la kualitinya |
Udah last day nak balik KL dah.. pagi tu gi cari tempat minum. Search dalam google ramai yang promote Kedai Kopi Din Tokyo... so kitorang pun cari la... dekat je ngan hotel sebelah bangunan TNB.. menu yang popular minum kat sini katanya Teh Halia Telur Puyuh.... nak try lah..
Ni la Teh Halia Telur Puyuh |
Dah berpuluh tahun tak datang Kota Bharu, satu pengalaman yang baru jugak bagi kami...
Alhamdulillah... ada peluang nak datang lagi..
#simpletapienjoy
Event VW Jambori diadakan kat Stadium Sultan Mohammad IV. Dari Hotel Harmoni nak ke Stadium ada la dalam 10 minit jalan kaki.... berpeluh seeehhhh. tapi ok je.
Ulasan
Bio ULTRA ALKALINE pilihan Terbaik? Kenapa?
1 - Harga jauh lebih Murah dr Jenama-jenama terkenal.
2 - Kualiti Air setanding dgn Jenama antarabangsa.
3 - Filter2 yg berkualiti (Made In KOREA) dan dapat Sijil HALAL JAKIM
4 - Servis Berkala, ada Warranty & Design menarik
5 - Pemasangan sepantas 1-2 Hari shj (Seluruh Semenanjung)
HARGA bermula dr RM699
KAMI juga menjual semua jenis filter penapis air (Semua Model Termasuk Coway, cuckoo, Jik soo, hijrah, elken dan lain2) RM250 utk 4 Filter TERMASUK POSTAGE
http://penapis-air-bioultra.blogspot.com/
Hubungi:
0178895990 atau click http://bio.wasap.my