Melawat Muzium Diraja Istana Negara (Lama)



Salam..... 

Nak jalan mana kat KL ni?.... ada banyak tempat... tp kali ni bawa anak-anak melawat Muzium DiRaja Istana Negara (Lama)....

Banyak info boleh dapat tentang Muzium DiRaja ni dalam internet. So kami pergi untuk lihat sendiri....

Nak masuk ke Muzium ni ada bayaran... RM5/dewasa & RM2/kanak-kanak.

Dibuka dari jam 9.00pg hingga 5.00ptg. Nak masuk kena tanggalkan kasut, letak dalam plastik diluar dan kamera juga tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Istana... so.. tak de la gambar dalam Istana la ye.. hanya diperkarangan sahaja.... 

Sikit info pasal Istana Negara (Lama)

Istana Negara, Jalan Istana

Istana Negara lama terletak di Jalan Istana. Bangunan ini dibina pada tahun 1928 dan pada awalnya milik seorang jutawan bernama En Chan Wing.

Pada zaman pemerintahan Jepun dari tahun 1942-1945, bangunan ini telah digunakan sebagai Mes Pegawai Tentera Jepun.

Selepas Jepun menyerah kalah, Kerajaan Negeri Selangor telah membeli bangunan ini dan diubahsuai menjadi Istana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor sehingga tahun 1957.



Gambar Istana Negara di Jalan Istana


Istana ini telah dibeli oleh Kerajaan Persekutuan pada tahun 1957 untuk dijadikan Istana Negara, tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong.

Sejak itu, beberapa perubahan dan pembesaran dilakukan. Walau bagaimanapun, pengubahsuaian pada tahun 1980 adalah secara menyeluruh, kerana inilah kali pertama Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dilangsungkan di Istana Negara. Sebelum ini upacara pertabalan dilangsungkan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Oleh kerana Istana Negara tidak dibuka kepada orang ramai dan pelancing, maka kawasan pintu pagar utama merupakan tempat yang sering dikunjungi untuk mengambil gambar dan sebagainya.

sumber: cisdel.com


Menurut penjaga Istana, Interior Design Istana ini akan berubah setiap 5 tahun mengikut citarasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada tahun tersebut.

Memang cantik dan sangat besar... seingat saya...

Bilik Bersiram Tuanku bertemakan batu marmar hitam putih bercorak. Manakala Bilik Bersiram Tuanku Permaisuri bertemakan warna kuning air lembut.

Dalam Bilik Peraduan Baginda terdapat Bilik Solek khas untuk Tuanku Permaisuri... memang cantik..

Tapi saying tak boleh ambil gambar... ada banyak cctv dan ada orang yang menjaga....



Persekitaran Istana Negara Lama










Ada jugak dijual.. tepi pintu masuk uatama.. hihi

Jauh betul nak berjalan.. mendaki plak tu...



Sampai jugak... letih mendaki..










Kena tanggal kasut...

kamera pun tak boleh bawa masuk...







































Berbaloi jugak masuk dalam Istana... terkesima tengok khazanah yang ada di dalam nye.... ada blok lama dan apartment. Yang best.. ada penjaga yang sudi bercerita sikit sebanyak sejarah Bangunan Istana ni....

#simpletapienjoy

Ulasan